Category: Review

  • Acer Aspire E 15

    Acer Aspire E 15

     

    Spesifikasi

    • Intel Core i3-7100U
    • Intel HD 620 Integrated Graphic
    • 4GB Memory
    • 1TB 5400RPM Hard Disk Drive
    • 6” screen with 1920 x 1080 resolution
    • 11 a/b/g/n/ac Wi-Fi with Bluetooth

     

    Kebiasaannya pada laptop bajet, ia akan sertakan processor yang rendah, resolusi skrin yang rendah, rekabentuk yang kurang menarik dan prestasi yang biasa-biasa sahaja. Acer Aspire E15 ini tidak seperti itu. Ia mempunyai skrin 1080p yang sangat berwarna-warni, binaan yang kukuh dan juga processor yang bagus iaitu Core i3. Dengan 8 jam ketahanan bateri, ia menjadikan laptop ini, sebuah laptop yang terbaik dengan harga bajet.

     

    Rekabentuk

    Acer E15 ini didatangkan dengan plastik berwarna hitam yang sangat kukuh, ditambah pula dengan penutup berwarna kelabu matte, menjadikan laptop ini kelihatan sangat cantik dan menawan.

     

    Skrin dan Bunyi

    Jarang sekali manufacturer laptop untuk memberikan skrin full HD p-ada laptop bajet. Skrin Acer E15 ini mempunyai warna yang terang dan tepat. Kekurangannya adalah apabila dilihat melalui sudut yang berbeza, warna akan mulai berkurangan dan anda perlu hanya melihat daripada sudut yang agak limited.

    Speaker pada Acer E15 ini agak kuat dan cukup memuaskan. Detail bunyi daripada lagu-lagu boleh didengari. Bunyi gitar, drum, semuanya dapat dirasai dengan cukup sempurna.

     

    Keyboard dan Touchpad

    Keyboard pada Acer E15 ini memberikan rasa yang memuaskan, kekerasan butang dan juga lantunan butang bukan seperti yang ada pada laptop bajet. Ia juga mempunyai dedicated numpad, menjadikan penggunaan kalkulator dan juga edit Excel lebih mudah.

    Touchpadnya pula sangat tepat apabila digunakan. Swipe, click, dan juga multi-finger gestures juga boleh digunakan tanpa sebrang masalah. Kekurangannya hanya pada material untuk touchpad kerana ianya agak licin.

     

    Prestasi

    Laptop Acer Aspire E15 ini bukan sebuah laptop dengan spesifikasi yang tinggi, tetapi ianya cukup untuk pengguna-pengguna yang hanya menggunakan untuk software office, web browsing, dan juga media. Dengan processor i3, hard disk sebanyak 1TB, dan RAM 4GB, ianya cukup sempurna untuk sebuah laptop bajet.

  •  Acer Predator Helios 300

     Acer Predator Helios 300

     

    Spesifikasi

    • Intel Core i7-7700HQ CPU
    • Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR5
    • 16GB Memory
    • 256GB M.2 SATA SSD
    • 1TB HDD
    • 6” with Full HD 1920 x 1080 resolution
    • 11ac WIFI 2×2 MIMO with Bluetooth 4.0

     

    Kebanyakan company laptop mengatakan bahwa produk mereka yang paling bagus dengan harga yang bertepatan. Tetapi Acer, meletakkan GTX 1060 pada laptop gamingnya yang terbaru, Acer Predator Helios 300. Harganya pula sama dikalangan laptop gaming yang didatangkan dengan GTX 1050TI. Sudah semestinya GTX 1060 lebih berbaloi dan memuaskan.

     

    Rekabentuk

    Acer Predator Helios 300 dibina dengan gabungan aluminium dan juga plastik menjadikan ia kelihatan sama dengan laptop gaming bajet daripada Acer sebelum ini. Gabungan warna merah dan juga hitam menjadikan ia nampak sangat bergaya.

     

    Skrin dan Bunyi

    Skrin Acer Predator Helios 300 adalah bersaiz 15.6 inci dan didatangkan dengan resolusi 1920 x 1080 menjadikan skrin ini kelihatan kemas dan juga jelas. Tetapi ia mempunyai seidkit masalah pada color reproduction. Warnanya yang sepatutnya merah kelihatan sedikit oren.

    Speaker pada Acer Predator Helios 300 ini berada dibawah dan didatangkan dengan TrueHarmony dan juga Dolby menjadikan bunyi yang terhasil kuat dan memuaskan. Hanya bass pada speaker ini yang kurang memuaskan.

     

    Keyboard dan Touchpad

    Keyboard Predator ini sangat selesa digunakan, tetapi ia perlu ditekan sehingga habis untuk register sesebuah button. Butang WASD mempunyai warna merah yang lebih terang, menandakan ianya sebuah laptop gaming. Ia juga mempunyai backlighting memberikan pengguna untuk menaip didalam gelap tanpa sebarang masalah.

    Touchpad yang luas menjadikan penggunaannya buka suatu masalah. Swipe, click dan juga multi-touch gestures juga tiada masalah.

     

    Prestasi

    Acer Predator Helios 300 merupakan sebuah laptop yang berkuasa, dan juga ia boleh digunakan untul VR. Acer mengurangkan kos melalui kekurangan keterangan warna pada skrin. Anda juga boleh mendapatkan akses yang mudah kepada RAM dan juga hard disk.

     

    Apakah pendapat anda mengenai Acer Predator Helios 300 ini?

  • Asus ZenBook UX330UA

    Asus ZenBook UX330UA

     

    Spesifikasi

     

    • Intel Core i5-7200U CPU
    • Intel HD Graphics 620
    • 8GB RAM
    • 256GB SSD
    • 3” with 1920 x 1080 resolution
    • 11 a/b/g/n/ac with Bluetooth 4.1
    • 3x USB Ports, 1x USB Type-C, 1x Mic/Headphone combo jack, 1x Micro HDMI, 1x SD Card Reader.

     

    Asus ZenBook UX330UA ini merupakan sebuah laptop berjenis Ultrabook pengkhususan untuk mereka yang ingin menggunakan laptop untuk melakukan kerja, assignment biasa, bukan untuk gaming ataupun 4k video editing.  Ia didatangkan dengan SSD berkapasiti 256GB, processor i5 generasi yang ketujuh yang laju, dan juga skrin yang luas.

     

    Rekabentuk

    Asus ZenBook UX330UA didatangkan dengan rangka yang sangat nipis dan menarik. Penutup laptop ini menggunakan aluminium dan ada pattern seakan-akan ripple menjadikan ia kelihatan premium. Ia didatangkan dua warna, quartz grey dan juga rose gold.

     

    Skrin dan Bunyi

    Skrin 13.3 inci yang ada pada Asus ZenBook UX330UA ini memberikan warna yang sangat terang dan jelas. Warna akan mula berkurangan jika dilihat 75 darjah ke kiri dan juga ke kanan.

    Asus ZenBook ini hadir dengan speaker daripada Harman Kardon yang menjadikan bunyi yang terhasil sangat memuaskan. Asus juga turut meletakkan software ICE Audio Wizard untuk memberikan pilihan profail dimana pengguna boleh memilih berdasarkan jenis lagu yang didengari.

     

    Keyboard dan Touchpad

    Keyboard pada ZenBook UX330UA ini memberikan rasa yang selesa untuk menaip, dan mempunyai butang-butang yang tersusun dengan baik.

    Asus Zenbook UX330UA didatangkan dengan touchpad tanpa butang menjadikan ia sangat lancer dan tepat. Swipe, click, dan juga multi-touch gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Pada touchpad ini juga terdapat sebuah fingerprint sensor untuk login ke Windows menggunakan Windows Hello.

     

    Prestasi

    Asus ZenBook UX330UA ini dapat memberikan anda kepuasan pada sebuah laptop yang nipis dan juga ringan. Warna pada skrin yang menarik, speaker daripada Harman kardon, cukup memuaskan. Tidak lupa juga, bateri pada laptop ini dapat bertahan selama 10 jam penggunaan. Ianya cukup untuk melakukan kerja dan assignment tanpa anda perlu menggunakan charger. Laptop ini merupakan sebuah Ultrabok yang terbaik untuk kategori harganya.

  • Asus ROG Strix

     

    Spesifikasi

    • 15.6-inch FHD (1920 x 1080) IPS display
    • Intel Core i7-6700HQ CPU 2.6GHz
    • Nvidia GeForce GTX 1070 (8GB of GDDR5)
    • 16GB DDR4
    • 256GB PCIe SSD
    • 1TB HDD (7200)
    • 802.11ac with Bluetooth 4.2

     

    Asus ROG Strix merupakan sebuah laptop gaming 15.6 inci yang menawan dan didatangkan dengan skrin yang cantik. Berbanding laptop gaming yang ada dipasaran, ia lebih nipis dan mempunyai spesifikasi yang cukup memuaskan. Ia juga dikelaskan sebagai Desktop-grade gaming laptop.

     

    Rekabentuk

    Asus ROG Strix didatangkan dengan plastic berkualiti tinggi yang warna hitam dengan sedikit warna oren yang menjadikan rupanya sangat menarik untuk dilihat. Dari segi rupa sahaja anda boleh menilai bahawa laptop ini merupakan sebuah laptop yang sangat berkuasa. Ia memberikan keselesaan kepada pergelangan tangan anda ketika menaip dan juga bermain game.

     

    Skrin dan Bunyi

    Salah satu ciri-ciri yang menjadikan Asus ROG Strix sebuah laptop gaming yang berkuasa adalah skrinnya yang bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 x 1080. Skrinnya pula berjenis IPS matte yang memberikan anda kelebihan untuk melihat skrin daripada pelbagai sudut tanpa menjejaskan warna ataupun kualiti. Ia sangat sesuai untuk menonton video dengan kontras warna yang mengagumkan.

    Meskipun skrinnya antara yang terbaik dikalangan laptop gming, tetapi kualti bunyi yang dihasilkan adalah kurang memuaskan. Bunyinya lemah dan anda mungkin tidak dapat mendengar jika bilik anda besar.

     

    Keyboard dan Touchpad

    Butang-butang pada Asus ROG Strix adalah nipis dan tidak memberikan sebarang tactile feedback menjadikan keyboardnya salah satu kekurangan pada laptop ini. Daripada segi layout, ia boleh digunakan dan tidak menganggu anda ketika menaip. Kebiasaanya para gamers menginginkan keyboard yang boleh kembali ke posisi asal dengan cepat agar boleh ditekan semula tanpa sebarang masalah.

    Mujur touchpad pada laptop ini tidak mempunyai sebarang kekurangan, ia didatangkan dengan garisan berwarna oren menjadikan ia sangat menarik dan selesa kerana ia didatangkan dengan soft rubber finish. Swipe, click dan multi-touch tidak mempunyai sebarang masalah langsung.

     

    Prestasi

    Dengan processor Intel Core i7-6700HQ (2.6GHz) dan juga cipset grafik berkelas Desktop iaitu Nvidia GeForce GTX 1070 (8GB GDDR5) ia memberikan kepuasan ketika bermain game. Ia turut hadir dengan 256GB SSD berjenis PCIe, dan juga storan tambahan sebanyak 1TB pada hard disk. Untuk penggunaan kerja, video editing, photo editing, ia boleh dijalankan tanpa ebarang masalah. Anda juga boleh menggunakan VR (Virtual Reality) dengan laptop ini, tetapi anda mungkin perlu membeli Oculus Rift ataupun HTC Vive dahulu sebelum anda boleh menggunakan VR.

    Ianya bukan sempurna tetapi cukup memuaskan dengan semua spesifikasi yang sangat menarik. Sebagai contoh, keyboard dan juga speaker pada laptop ini bukan sesuatu yang anda harapkan daripada sebuah laptop gaming premium.

  • Samsung Chromebook Plus

    Samsung Chromebook Plus

    Spesifikasi

    • 2GHz Dual ARM Cortex-A72, Quad Cortex-A53 (1MB L2)
    • 12.3” 2400 x 1600 LED Touch Screen (10 point motion control)
    • 4GB DDR3 Memory
    • 32GB eMMC storage
    • 802.11 ax/a/b/g/n Marvell 88W8997 with Bluetooth
    • 1x Mic/Headphone combo, 2 USB Type-C, MicroSD Card reader

     

    Samsung Chromebook Plus merupakan sebiah laptop berjenis Chromebook yang mempunyai ciri-ciri premium dan didatangkan dengan rekabentuk yang elegan, touch screen yang berkualiti tinggi dan banyak ciri-ciri yang menarik.

     

    Rekabentuk

    Dengan bingkai aluminium yang nipis, ia memberikan laptop ini rasa yang premium. Logo Chrome OS turut berada pada bahagian penutup laptop. Rekabentuknya seakan-akan berbentuk segi empat sama menjadikan skrinnya yang bersaiz 12.3 inci mempunyai resolusi pada 3:2 ratio. Namun begitu saiznya amat bersesuaian kerana skrin laptop ini boleh dilipat 360 darjah, dan menjadikan laptop ini sebagai tablet. Ia juga didatangkan dengan pen stylus untuk kegunaan menulis dan juga melukis.

     

    Skrin dan Bunyi

    Skrin pada Samsung Chromebook Plus merupakan skrin yang terbaik berbanding chromebook yang lain. LED panel pada skrin memberikan warnanya yang jelas dan kemas. Laptop ini tidak mempunyai sebarang masalah pada viewing angles. Ia boleh dilihat pada mana-mana rajah tanpa sebarang kekurang warna dan sebagainya.

    Meskipun skrinnya memuaskan tetapi, penghasilan bunyi daripada laptop ini kurang memuaskan kerana bunyinya agak perlahan. Penggunaan external speaker disarankan untuk menambah kepuasan pada bunyi.

     

    Keyboard dan Touchpad

    Samsung Chromebook Plus didatangkan dengan butang-butang keyboard berwarna hitam, yang kelihatan premium. Tetapi, kepuasan tidak dirasai kerana apabila ditekan ia terasa terlalu lembut dan tidak memberikan sebarang feedback. Meskipun begitu, keyboard pada laptop ini tidak mempunyai masalah langsung.

    Touchpadnya pula bersaiz sederhana dan mempunyai permukaan yang halus. Tiada masalah untuk menggerakkan cursor. Swipe, click dan multi-finger gestures juga berfungsi dengan sempurna tanpa sebarang masalah atau delay.

     

    Stylus

    Salah satu ciri utama Samsung Chromebook Plus adalah pen stylus yang berbentuk seperti S-pen pada siri smartphone yang popular daripada Samsung iaitu siri Galaxy Note tetapi ia lebih panjang dan dan selesa ketika dipegang. ia juga mempunyai fungsi pada siri Galaxy Note iaitu Quick Command Window dimana pengguna boleh mengakses screenshot, membuat nota pada Google Keep. Dengan stylus ini, pengguna boleh melukis dan menambahkan pressure pada stroke lukisan, menjadikan ia alternatif kepada graphic tablet.

     

    Prestasi

    Jelas sekali Samsung mengutamakan rekabentuk, kawalan dan juga keselesaan yang dipaparkan melalu Samsung Chromebook Plus. Mungkin sesetengah orang berpendapat prosesor ARM yang ada pada laptop ini agak kurang sesuai, tetapi ia berfungsi dengan cukup baik. Ia juga mampu menampung 2 video Full HD serentak tanpa sebarang masalah dan lag. Laptop ini juga bukanlah untuk penggunaan yang ekstrim seperti edit video 4k atau permainan video.

    Di antara kekurangannya yang lain adalah memori dalaman yang ada. Ia didatangkan dengan 32GB storan, menjadikan ia terlalu sedikit untuk simpanan data yang banyak. Tetapi masalah itu secara mudah ditangani dengan adanya Google drive yang sudah tersedia didalam laptop ini.

  • Dell Latitude 14 7480 

    Dell Latitude 14 7480 

     

    Spesifikasi

    • Intel Core i7-7600U dual-core processor (2.8GHz, up to 3.9GHz Turbo Boost, 4MB cache, 15W TDP)
    • Intel HD Graphics 620 integrated graphics w/ shared memory
    • 14-inch QHD touch display (2,560×1,440 resolution, IPS panel, Corning Gorilla Glass surface, 10-point touch support)
    • 8GB DDR4-2133 dual-channel RAM (2x 4GB; 32GB max. supported – 2x 16GB)
    • 256GB M.2 SATA SSD (TOSHIBA THNSNK256GVN8)
    • Intel Dual Band Wireless-AC 8265 wireless LAN dengan Bluetooth

     

    Siri Latitude daripada Dell sudah berada di pasaran lebih daripada 20 tahun. Buat masa sekarang ia disediakan dalam 3 aras. Yang pertama siri 3000, yang merupakan laptop aras rendah, kemudian, laptop aras sederhana iaitu siri 5000, dan aras yang paling tinggi, siri 7000.

    Laptop ini merupakan sebuah laptop 14 inci yang dikategorikan sebagai kelas bisnes. Ia juga dilengkapi dengan fingerprint reader, kamera infrared, dan juga Smart card reader. Ia ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

     

    Rekabentuk

    Luaran Dell Latitude E7480 kelihatan seperti sebuah laptop yang premium dengan binaan diperbuat daripada carbon fiber yang kukuh. Ia juga disalut dengan silikon yang memberikan sentuhan yang lebut dan halus pada bahagian penutup dan juga pada kawasan palm rest. Hinge pada laptop ini juga sangat kukuh, apabila anda menggunakan touch screen pada laptop ini, ia tidak mudah bergerak.

    Meskipun skrin Dell Latitude E7480 nipis, tetapi ia juga memuatkan sebuah kamera dengan infrared dimana pengguna boleh login dengan menggunakan imbasan wajah yang merupakan sebuah feature daripada Windows, iaitu Windows Hello.

     

    Keyboard dan Touchpad

    Butang-butang pada Latitude E7480 bersaiz besar dan sangat selesa dan memuaskan untuk menaip kerana ia menggunakan layout seperti pada desktop. Butang-butang ini sangat senyap apabila ditekan. Juga terdapat sebuah Jika anda seorang pengguna yang suka menaip di dalam gelap, anda mungkin perlu menambah sedikit kos untuk mendapatkan backlight.

    Touchpad Latitude E7480 terletak sedikit ke kiri untuk memberikan rasa yang selesa ketika menaip, ia juga akan mengelakkan tangan anda tersentuh touchpad dan menyebabkan cursor anda bergerak. Permukaan touchpad E7480 juga mempunyai sentuhan yang halus seperti pada rangka laptop ini. Butang pada touchpad adalah senyap dan juga kukuh.

     

    Skrin dan Bunyi

    Panel skrin pada E7480 menggunakan skrin jenis IPS untuk memberikan warna yang cantik dan juga viewing angle yang luas. Ia juga dilengkapi dengan touch screen yang membolehkan anda untuk menggunakan Windows anda dengan jari anda.

    Speaker E7480 yang ditambah dengan bass terletak pada bahagian bawah rangka laptop, memberikan bunyi yang sedap jika diatas permukaan yang rata. Namun begitu, bunyi yang dihasilkan tidak begitu kuat, mungkin anda akan memerlukan speaker tambahan.

     

    Prestasi

    Latitude E7480 menggunakan processor Intel yang terbaru iaitu i7-7600U (Kaby Lake). Dengan processor seperti ini, tugasan harian tidak akan menjadi masalah. Untuk digunakan sebagai laptop untuk edit gambar-gambar, video 1080p juga tidak menjadi masalah.

    Ia didatangkan dengan 2 slot DIMM untuk RAM jenis DDR4-2133. Dan pada setiap slot terdapat sebuah RAM 4GB menjadikan 8GB RAM pada laptop ini.

    Tetapi laptop ini hanya mempunya sebuah SSD berjenis M.2 yang bersaiz 256GB sahaja, tanpa sebarang hard disk tambahan. Namun begitu jangan khuatir, kerana slot SATA disediakan.

     

    Jika anda seorang peminat laptop Dell, dan mungkin anda juga inginkan feature seakan-akan Lenovo Thinkpad, adakah ini laptop yang anda inginkan?

  • Acer Predator 17 X (2016)

    Acer Predator 17 X (2016)

     

    Spesifikasi

    • 2.7-GHz Intel Core i7-6820HK Quad-Core CPU Turbo Boost up to 3.6GHz
    • NVIDIA GeForce GTX 980 with 8GB of dedicated GDDR5 VRAM
    • 32GB RAM
    • 512GB M2 SSD, 1TB 7200 RPM HDD
    • 3-inch, 3840 x 2160 pixel with matte, anti-glare, 4K Display
    • 4x USB 3, 1x USB Type-C, 1x 3.5mm earphone jack, 1x 3.5mm microphone jack, 1x LAN port, 1x HDMI, 1x DisplayPort

     

    Laptop gaming 17 inci sudah berada di pasaran agak lama, tetapi Acer ingin mengambil satu langkah kehadapan dengan VR pada Acer Preadator 17 X. Laptop ini dikuasakan dengan paparan 4k, processor quad-core dan juga SSD yang lebih laju.

     

    Rekabentuk

    Meskipun Acer Predator 17 X ini kelihatan menarik, tetapi luarannya tidak begitu berbeza dengan rekabentuk laptop gaming daripada pengeluar lain. Keseluruhan rangkanya diperbuat daripada plastik yang kukuh dan dilitupi dengan cat seakan-akan getah.

     

    Skrin dan Bunyi

    Acer Predator 17 X hadir dengan dua jenis skrin, Full HD dan juga 4k. Penghasilan warnanya adalah terbaik dan pandangan daripada pelbagai sudut adalah sempurna.

     

    Speaker yang terdapat pada Acer Predator 17 X ini sangat memuaskan, kerana speaker terletak pada bahagian bawah laptop dan ia akan menghalakan bunyi ke arah pengguna. Pengguna laptop ini tidak memerlukan speaker tambahan dan hanya memerlukan headphones atau earphones seandainya inginkan privasi ataupun tidak ingin menganggu keluarga atau kawan-kawan.

     

    Keyboard dan Touchpad

     

    Keyboard pada Acer Predator ini menggunakan jenis Chiclet (butang yang leper dan nipis).

    • LED backlighting yang boleh diubah suai mengikut pengguna.
    • Mempunyai 20 butang macro untuk pelbagai kegunaan.

    Touchpad yang bersaiz 2.4 x 4 inci ini sangat selesa dan mudah untuk digunakan dengan adanya multitouch gestures.

     

    Prestasi

    Acer Predator 17 X dikuasakan dengan i7-6820HK yang merupakan processor generasi ke 6 daripada Intel. Ia mempunyai clock speed sebanyak 2.7Ghz untuk kegunaan biasa dan boleh Turbo Boost sehingga 3.6Ghz. Dan kelebihan istimewa laptop ini adalah ia juga mempunyai butang Turbo untuk overclock CPU sehingga 4.0Ghz dan juga overclock Nvidia GeForce GTX 980 kepada 135Mhz.

    SSD yang terdapat pada Acer Predator 17 X merupakan antara yang terpantas yang berada didalam pasaran sekarang.

     

    Apa pendapat anda mengenai laptop gaming ini? Adakah anda akan menggunakannya?

  • HP Pavilion 15-au072sa

    HP Pavilion 15-au072sa

    SPESIFIKASI
    • Dual-core, 2.3GHz Intel Core i3-6100U processor
    • 8GB RAM
    • 1TB hard disk
    • 9.5-hour claimed battery life
    • 15.6-inch 1366 x 768 display
    • DVD/RW drive
    • 2x USB3, 1x USB2

    Dengan HP Pavilion 15 anda akan mendapat paparan skrin 15.6 inci dengan resolusi 1366 x 788 piksel, ditambah dengan pemacu DVD, Hardish 1TB, dan mempunyai jangka hayat bateri 9 jam. Menjadikan laptop ini sangat ideal untuk pelajar dan ia juga tidak terlalu mahal.

    DESIGN & FEATURE

    Dari segi reka bentuk HP Pavilion 15 tidak nipis dan ringan, body laptop diperbuat daripada bahan premium. Dengan, casing berwarna putih dan corak bergaris dibahagian dalam sangat menarik dan yang kontras dengan warna chrome engsel . Laptop berwarna nampak cantik tapi ia akan cepat kotor untuk pilihan alternatif ambil warna yang lebih gelap.

    Laptop ini datang dengan dua port USB 3.0, satu port USB 2.0, port HDMI, satu port ethernet network, SD card reader dan satu port headphone dan mikrofon. Di dalam ia menggunakan teknologi wayarles terkini, dengan Wi-Fi 802.11ac dan Bluetooth 4.2 serta dengan pemaca DVD/RW. Jadi anda boleh menggunakan pemacu cekera untuk memainkan audio atau video dari CD dan juga DVD.

    Apa yang menarik dari laptop ini adalah CPUnya, merupakan cip Intel core i3 generasi terbaru. Intel i3- mempunyai prestasi yang agak baik untuk mereka yang melakukan kerja-kerja seperti multi-tasking dan juga basic editing.

    Ia datang dengan 8GB RAM dan juga 1TB hardisk. Walaupun ia datang dengan ruang yang besar tetapi kelajuan nya tidak dapat menandingi kelajuan SSD. Bagaimanapun harga untuk SSD adalah jauh lebih mahal berbanding Hardisk.

    Mempunyai layout papan kekunci yang luas, ia memudahkan anda untuk menaip dan merehatkan tangan anda di atas permukaan laptop. Papan kekunci sangat responsif dan jarak antara kekunci keyboard tidak terlalu rapat dan jauh. Trackpad berfungsi dengan baik. Mempunyai permukaan yang luas dan licin, amat selesa digunakan ia juga sangat responsif.

    SCREEN & AUDIO

    HP Pavilion 15-au072sa mempunyai skrin yang sederhana, tetapi mempunyai resolusi yang agak baik. Resolusi 1366 x 768 adalah rendah dengan standard skrin laptop hari ini. Kualiti display kurang dari laptop standard yang lain. Tetapi tiada masalah untuk anda melihat paparan yang keluar dari skrin tersebut.

    Untuk kualiti audio daripada speaker ini kurang memuasakan. Audio yang dikeluarkan tidak terlalu kuat walaupun di tahap yang paling tinggi jika nak dibandingkan dengan laptop lain. Tapi ini boleh diselesaikan dengan menggunakan earphone.

    PERFORMANCE

    Prosesor Intel Core i3-6100U merupakan nadi utama laptop ini yang mampu melakukan tugasan seharian anda. Anda dengan senang hati dapat membuka banyak tab dari browser, sambil membuka spotify. Tetapi ia tidak sesuai untuk meraka yang kaki game dan juga heavy editing.

    Walaupun ia tidak menggunakan SSD dimana laptop anda boleh boot the lebih pantas berbanding Hardisk. Tetapi laptop ini mempunyai kelebihan storage yang lebih banyak berbanding SSD yang mempunyai storage yang kecil, jadi anda tidak boleh menyimpan banyak benda di dalam.

     

     

  • Gigabyte Aero 14 Review

    Gigabyte Aero 14 Review

    SPESIFIKASI
    • Quad-core 2.6-3.5GHz Intel Core i7-6700HQ
    • 6GB Nvidia GeForce GTX 1060
    • 16GB DDR4 memory
    • 14-inch, 2,560 x 1,440-pixel matte IPS display
    • 512GB M.2 SSD
    • 3 x USB 3.0, 1 x USB 3.1 Type-C, HDMI, mini-DisplayPort, 3.5mm headset, SD card reader
    • Five macro keys (25 configurations)

     

    Gigabyte Aero 14 merupakan laptop 14 inci untuk gaming dan juga multimedia. Ia memberikan prestasi gaming sama seperti anda menggunakan desktop. Apa yang lebih menarik adalah, ia mempunyai jangka hayat bateri yang sangat lama.

     

    DESIGN & BUILD

    Gigabyte Aero 14 mempunyai reka bentuk yang kurang menarik dan agak kuno (old school). Ia tidak menggunakan bahan premium, body diperbuat daripada plastik dan bukan logam. Walaupun ia kurang menggunakan bahan logam untuk membuat body laptop, tetapi ia sangat kukuh dan padat.

    Gigabyte Aero 14 juga dilengkapi dengan:

    • 3 Port USB
    • 1 Port USB 3.1
    • 1 Port mini-display
    • 1 Port HDMI 2
    • 1 Port SD card reader
    KEYBOARD & TOUCHPAD

    Oleh kerana laptop ini direka untuk mereka yang selalu bergerak kemana-mana, atau dalam keadaan yang statik seperti di pejabat dan juga untuk gaming. Keyboard dan touchpad laptop ini berfungsi dengan baik sekali.

    Kekunci pada keyboard agak keras sedikit, anda perlu meletakkan lebih tekanan pada kekunci keyboard tersebut dan memerlukan sedikit masa untuk dibiasakan.

    • mempunyai backlit
    • mempunyai 5 kekunci macro

    Touchpad laptop ini respon dengan baik tetapi bukan Microsoft Precision-certified seperti kebanyakkan laptop baru yang menggunakannya.

    SCREEN, WEBCAM & AUDIO

    Skrin pada Aero 14 menawarkan keseimbangan resolusi dan kualiti yang baik dengan resolusi paling tinggi 2560×1440 yang kelihatan sangat baik. Dengan pixel yang begitu banyak, menjadikan paparan lebih sharp.

    Ia sesuai untuk kegunaan jurugambar kasual, dengan warna-warna yang disajikan adalah sangat baik. Tetapi tidak sesuai untuk mereka yang di tahap profesional yang menggunakan lebih banyak warna yang lebih detail. Tetapi anda boleh menyambungkan dengan monitor yang berkualiti tingg untuk mendapatkan warna yang lebih detail.

    Speaker laptop berfungsi dengan baik. Audio yang dikeluarkan sudah cukup sedap untuk di dengari semasa anda memainkan lagu atau menonton cerita. Mengeluarkan audio stereo yang seimbang walaupun pada tahap volume yang tinggi.

    Webcam dan mikrofon agak mengecewakan. kamera tidak dapat memaparkan gambar yang jelas sekiranya terdapat backlit, manakala mikrofon merakam bunyi dengan kualiti yang kurang memuaskan. Jadi sekiranya anda perlu berkomunikasi dengan rakan pasukan anda ketika bermain game, lebih baik anda menggunakan gaming headset.

    PERFORMANCE

    Laptop Gigabyte Aero 14 dilengkapi dengan quad-core Intel Core i7-6700HQ dari generasi skylake, merupakan kit yang kuat dalam pemprosesan.

    i7-6700HQ dilengkapi dengan Hyper-Threading, yang membolehkan aplikasi intensif lebih baik dan berkesan dengan empat teras. Ia membantu dalam tugas-tugas seperti pemprosesan video dan pemprosesan foto, begitu juga dengan 16GB RAM 2133MHz yang boleh upgrade hingga ke 32GB.

    Model ini juga dilengkapi dengan 512GB PCIe SSD yang mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding hardisk biasa. Dimana kapasiti dan kelajuan ini menjadikan ia pemacu storage yang ideak untuk laptop ini.

    Laptop ini menggunakan grafik Nvdia GeForce GTX 1060. Dimuatkan sekali dengan memori GDDR5 6GB, cip ini mampu menggerakkan game terkini pada resolusi Full HD pada tetapan tinggi.

     

    Jadi apa pandangan dan pendapat anda tentang laptop Gigabyte Aero 14 ini? Adakah ia dapat memenuhi cita rasa dan kehentak pengguna laptop di luar sana?

  • Dell XPS 15 Review

    Dell XPS 15 Review

    SPESIFIKASI
    • Quad-core, 2.8-3.8GHz Intel Core i7-7700HQ
    • 16GB DDR4 RAM
    • 4GB Nvidia GeForce GTX 1050
    • 15.6-inch 1,920 x 1,080 matte screen
    • 2 x USB 3.0, 1 x Thunderbolt 3.0 & USB-C 3.1 combo, 3.5mm headset jack, HDMI out
    • SD card reader
    • 802.11ac Wi-Fi

     

    DESIGN

    XPS 15 9560 terbaru keluaran Dell ini hampir serupa dengan model tahun lepas dari segi reka bentuk. Ia masih lagi merupakan laptop yang hebat, dengan casis aluminium, dan sentuhan carbon-fibre-composite.

    Dell XPS 15 9560 juga dilengkapi dengan dua port USB 3.0, satu port USB 3.1 Type C dengan Thunberbolt 3, port HDMI 2.0, SD card reader dan headset jack. XPS 15 9560 boleh didapati dengan pilihan fingerprint reader. Ia juga menyokong Windows Hello, jadi anda tidak perlu menaip password dan hanya menggunakan jari anda untuk log in.

     

    KEYBOARD & TOUCHPAD

    Keyboard mempunyai backlit dimana anda boleh menaip dalam keadaan yang kurang cahaya atau gelap. Ia juga sangat responsif semasa anda menaip setiap butang pada keyboard tersebut.

    Ketepatan pada trackpad adalah sangat baik. Mempunyai permukaan yang licin, selesa ketika anda meletakkan jari anda dan juga sangat responsif. Ia juga merupakan Microsoft Precision-certified, dimana anda boleh mengunakan multi-finger gesture.

     

    SCREEN

    Jika anda berminat untuk membeli XPS 15 terbaru ini, keputusan terbesar yang perlu anda lakukan adalah sama ada anda inginkan paparan Full HD atau 4K touch display. 4K adalah touch screen IGZO IPS. Mempunyai display yang sharp, variasi warna, warna yang tepat (accurate) dimana sangat sesuai untuk photo dan video editing.

    Skrin Full HD juga merupakan pilihan yang baik. sekiranya anda seorang gamer, anda tidak perlu menurunkan resolusi.

     

    AUDIO

    Audio yang keluar dari speaker laptop ini sudah cukup baik, dan boleh memisahkan audio dari bass atau pun stereo. Jadi kalau anda streaming video atau dengar lagu ia sudah cukup baik dan sedap untuk di dengari.

     

    PERFORMANCE

    Anda mempunyai pilihan sama ada Intel Core i5-7300HQ atau i7-7700HQ. Ia merupakan 7th generation Kaby Lake chips quad-core yang terkini. Anda juga mendapat memory DDR4 8GB, 16GB, atau 32GB pada kelajuan 2.400MHz untuk setiap model. Tidak lupa juga dengan Nvidia GTX 1050 Graphic dengan 4GB GDDR3 memory.