
7 Sebab Kenapa Anda Perlu Bertukar Dari HDD Kepada SSD

Laptop anda dah mula jadi lembab? Sebelum anda membuat keputusan untuk beli laptop yang baru, lebih baik korang try untuk upgrade dulu laptop anda. Terutama sekali bertukar dari HDD ke SSD.Hard disk atau HDD adalah satu komponen laptop dimana ia digunakan untuk menyimpan semua data, fail, Windows yang ada pada laptop anda. Tapi sekarang, ada alternatif kepada hard disk yang lebih laju dan padu, iaitu SSD.

SSD atau solid state drive pula adalah sebuah storan jenis baru, yang menggunakan flash-based memory (seperti pendrive) yang lebih laju, berbanding dengan HDD yang menggunakan komponen mekanikal untuk berfungsi
Penukaran hard disk kepada SSD dapat meningkatkan performance dan juga kelajuan laptop. Jom saya terangkan 7 sebab kenapa anda perlu bertukar dari HDD kepada SSD.
1. Lebih sejuk

Oleh kerana SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak, SSD tidak menghasilkan haba yang banyak . jadi, SSD dapat mengurangkan risiko laptop anda overheat apabila anda membuka beberapa program serentak. Suhu di Malaysia agak panas, jadi SSD merupakan satu pilihan yang baik untuk mengurangkan haba pada laptop.
2. Lebih senyap

Disebabkan SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak, ia tidak menghasilkan apa-apa bunyi, menjadikan ia lebih senyap berbanding HDD. Agak normal untuk HDD menghasilkan bunyi klik atau bunyi ia berpusing. Kebiasaannya, HDD yang berbunyi kuat adalah HDD yang rosak.
3. Tahan lebih lama

Meskipun ada beberapa kes SSD rosak dalam tempoh setiap 4 tahun, tapi HDD mempunyai risiko untuk rosak yang lebih tinggi di dalam tempoh yang lebih singkat. Ini menjadikan SSD pilihan yang lebih baik dan lebih dipercayai untuk menyimpan fail anda.
4. Lebih laju

Satu kelebihan SSD yang selalu diwar-warkan adalah laju. Kelajuan SSD biasanya antara 5 hingga 10 kali ganda lebih laju berbanding HDD. SSD juga menjadikan laptop anda seronok untuk digunakan. Jika anda ada buat video editing, SSD sangat sesuai untuk anda.
5. Tahan lasak

Sekali lagi, faktor SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak menjadikan SSD ini boleh tahan lasak berbanding HDD yang sesnsitif terhadap pergerakan dan boleh pecah.
6. Tak terkesan dengan magnet

HDD menggunakan magnet di dalamnya untuk menyimpan data, dan magnet ini juga boleh menyebabkan kerosakan data pada HDD anda. Manakala SSD tidak akan terkesan langsung dengan magnet.
7. Menggunakan tenaga yang rendah

SSD hanya memerlukan tenaga yang sedikit untuk berfungsi sementara HDD memerlukan banyak tenaga kerana ia mengandungi beberapa lapisan cakera untuk penyimpanan data. Ini bermakna SSD lebih mesra alam berbanding HDD kerana ia tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Sedia untuk bertukar dari HDD ke SSD?

Jika anda ingin menaiktaraf laptop anda tanpa memerlukan kos sebuah laptop baru, SSD adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Sepanjang pengalaman kami, prestasi laptop boleh meningkat setelah SSD dipasangkan pada pelbagai jenis laptop.
Jika anda berminat untuk bertukar dari HDD ke SSD, anda boleh hubungi nombor kami di bawah ini ya.
FR Laptop Services – 017-2882349
© {tcb_current_year} FR Laptop Service.Allrights Reserved | Disclaimer