Category: Software

  • 3 Photo Editor Percuma Yang Terbaik!

    3 Photo Editor Percuma Yang Terbaik!

    Kebiasaannya gambar yang diambil melalui fon ataupun kamera, kualiti gambarnya cukup memuaskan tetapi jika diedit semula menggunakan software photo editor, gambar itu boleh menjadi lebih menakjubkan.

    Dan seperti biasa, Adobe Photoshop dikira sebagai software photo editor yang terbaik buat masa kini. Tetapi ia memerlukan latihan dan ia juga agak sukar untuk dikuasai. Dan software-software yang saya akan listkan ini lebih mudah untuk digunakan, dan anda tidak perlu membayar 1 sen untuk mendapatkannya.

     

     

    1. GIMP

      GIMP merupakan sebuah software photo editor yang sudah lama berada di Internet. Ia memberikan pelbagai jenis tools yang boleh digunakan yang perlu dibayar pada software lain. Dan seperti photoshop, anda boleh mendapatkan plugin daripada Internet.

     

    1. Paint.NET

      Seperti GIMP, Paint.NET ini juga sudah lama berada di Internet. Ia langsung tidak sama dengan software Microsoft Paint, dan Paint.NET ini jauh lebih fleksibel berbanding Microsft Paint.

     

    1. Photos Pos Pro

      Interface Photos Pos Pro ini amat sama seperi Adobe Photoshop. Ia mempunyai pilihan novice dan juga expert yang boleh diubah mengikut kesukaan dan yang mana lebih mudah untuk digunakan. Salah satu kekurangan pada Photos Pos Pro ini anda mungkin perlu untuk mendapatkan yang Premium untuk edit gambar melebihi resolusi 1024 x 2014.
  • Web Browser Apa Yang Terbaik Untuk Windows 10?

    Web Browser Apa Yang Terbaik Untuk Windows 10?

     

    Web Browser ini adalah sebuah software yang digunakan untuk mendapatkan, memberikan, atau menukarkan information pada Internet. Ia dikenali melalui URL yang mungkin menjadi sebuah website, gambar, video, dan sebagainya.

    Buat masa sekarang, terdapat beberapa pilihan browser untuk Windows 10 iaitu Edge, Chrome dan juga Firefox. Edge merupakan Internet Explorer, browser daripada Microsoft, yang telah diubahsuai dengan lebih laju, dan juga integrasi Cortana.

     

    Perbandingan diantara browser-browser Windows 10

    Microsoft Edge

    • Berbanding browser lain, Edge load dengan lebih laju pada webiste yang mempunyai media yang berat seperti ESPN.com dan juga Tomsguide.com.

     

    Mozilla Firefox

    • Firefox pula terbaik kerana kebolehan untuk diubahsuai dan juga ia mempunyai fungsi sharing yang mudah.

     

    Google Chrome

    • Dengan pelbagai jenis extension yang boleh dipasang pada Chrome untuk menambahkan fungsi-fungsi seperti Ad-Block dan juga Currency Converter.
    • Chrome mendahului browser lain dengan 526 daripada 555 komponen untuk HTML5, berbanding Firefox yang mempunyai 467 dan Edge yang mempunyai 402.

     

    Jadi, yang manakah browser pilihan anda?

  • Cara Terbaik Untuk Mengelakkan Terlupa Logout

    Cara Terbaik Untuk Mengelakkan Terlupa Logout

     

    Kadang-kadang kita pergi ke rumah kawan ataupun cyber café, login Facebook dan terlupa untuk sign out. Bila kawan-kawan kita Nampak facebook kita masih lagi login pada komputernya, sudah semestinya dia akan menambahkan status yang memalukan pada akaun facebook kita.

    Dengan Incognito Mode pada Google Chrome, kita boleh mengelakkan berlakunya perkara sedemikian. Incognito Mode merupakan salah satu kelebihan yang ada pada Chrome. Jika kita browsing menggunakan Incognito Mode, semua website yang kita akses, fail yang kita download, tidak akan direkodkan dalam History dan juga Downloads. Akaun yang kita login juga akan dilogout setelah tutupnya Chrome.

     

    Untuk menggunakan Incognito Mode pada Chrome:

    1. Tekan butang 3 titik pada Chrome.

    2. Pilih New Incognito Window. Chrome Incognito Mode akan keluar.

    3. Akses Internet dengan lebih selamat.

  • 4 Software untuk Mendapatkan Semula Fail yang Hilang

    4 Software untuk Mendapatkan Semula Fail yang Hilang

    Pernah terdelete data yang penting? Ataupun ahli keluarga atau kawan-kawan yang delete data tu? Rasa stress akan datang dan memeningkan kepala bukan? Tambah lagi data itu diperlukan untuk buat presentation ataupun report yang perlu dihantar secepat mungkin.

    Sebenarnya, apabila kita padam data, data tu sebenarnya masih lagi berada di dalam hard disk, sebab itu kebanyakan syarikat-syarikat besar akan mengambil hard disk dan menjual semula komputer dan juga laptop. Bagi mereka data mengenai syarikat adalah sangat sulit dan seharusnya disimpan agar tiada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat-maklumat sulit.

    Di sini saya akan berkongsi beberapa software yang anda boleh cubagunakan untuk mendapatkan data anda.

     

    1. Piriform Recuva

    Recuva merupakan sebuah software recovery yang mudah untuk digunakan. Apabila dibuka ia akan mengeluarkan prompt untuk anda memilih jenis fail yang anda mahu recover sama ada gambar, lagu, dokumen, video dan sebagainya. Kemudian anda boleh memilih lokasi yang anda mahu melakukan recovery. Anda juga boleh melakukan deep scan dimana ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk membuat pencarian tetapi meberikan hasi yang lebih banyak. Setelah itu, tekan Start untuk mulakan proses recovery.Setelah selesai, setiap data yang berjaya didapatkan akan diberikan rating berdasarkan kondisi data itu.

     

    2. DMDE Free Edition

    DMDE Free Edition pula memberikan anda untuk melakukan recovery kepada hard disk yang bersaiz besar dan juga hard disk yang telah diformat.Namun begitu, software ini bukan mudah untuk digunakan, anda mungkin memerlukan rujukan untuk menggunakan program ini. DMDE akan memberikan anda pilihan untuk memilih partition yang anda mahu recover. Ia akan mengeluarkan paparan seperti File Explorer untuk anda mencari dan recover data yang anda perlukan.Ia tidak mempunyai sebarang had data yang boleh direcover, tetapi ia akan memberikan anda pada cara untuk melakukan recovery. Jika anda mahu melakukan recovery dengan cara yang lebih mudah dan pantas, anda perlu upgrade kepada versi Express ataupun Standard.

     

    3. PhotoRec

    PhotoRec bukan hanya sekadar untuk recover gambar sahaja. Ia berfungsi untuk pelbagai jenis device, sebagai contoh, hard disk, pendrive, CD/DVD dan juga memory card. Anda juga boleh download PhotoRec untuk Mac dan juga Linux, memberikan anda fleksibiliti untuk recover data daripada pelbagai jenis komputer.Ia diprogramkan dengan 200 jenis format data memberikan ia kebolehan untuk menggabungkan data-data yang terlerai.Tetapi ia didatangkan dengan interface jenis DOS, dan anda perlu menggunakan keyboard sahaja untuk melakukan recovery.

     

    Seandainya ada data yang hilang, boleh la cuba dahulu software-software ini. 🙂

  • 3 Aplikasi Alternatif untuk Windows Movie Maker

    3 Aplikasi Alternatif untuk Windows Movie Maker

     

    Tedapat banyak aplikasi untuk edit video percuma untuk windows di luar sana, jadi apa tunggu lagi dan tidak perlu menggunakan movie maker setiap masa. Anda boleh juga menggunakan aplikasi edit yang lain selain movie maker.

    1. SHOTCUT

    Merupakan aplikasi open source percuma untuk video editing. Shotcut juga adalah cross platform, berguna jika anda perlu bertukar antara windows dan mac ataupun linux. Jadi anda boleh menggerakkan projek anda antara sistem operasi.

    Bersama dengan pengeditan garis masa standard idustri. Aplikasi shotcut juga menyokong trimming, cut, copy anda paste, track mute, hide and locking, dan juga full history untuk membolehkan anda undo dan redo. Kesemua alat penyuntingan ini disertakan dengan pintasan papan kekunci.

    Fail boleh di import dari hard drive, network drive, kad SD kamera, cloud storage, dan sebagainya ke dalam projek anda. Aplikasi shotcut juga menawarkan pelbagai video effect yang mengagumkan, seperti fades, wipes, blending modes, video filter dan speed effect.

    https://www.shotcut.org/download/

     

    1. EZVID

    Aplikasi Ezvid lebih dikenali sebagai alat tangkapan skrin, jadi anda mungkin tidak menyangkannya sebagai alternatif movie maker. Tetapi ia juga sebenarnya video editor. Apa yang lebih baik adalah ia tidak  terhad kepada klip video tangakap skrin dalam editor sahaja.

    Untuk memulakan aplikasi ini, klik pada ikon jalur filem untuk menambah gambar dan klip video pada garis masa. Ini akan membolehkan anda untuk mengedit video anda, tetapi anda memerlukan aplikasi tambahan untuk crop klip tersebut. Terdapat juga pilihan untuk merakam audio, dan memberikan trek yang dirakam mempunyai kesan menarik.

    https://www.ezvid.com/download

     

    1. ANIMOTICA (WINDOWS 10)

    Aplikasi Animotica sangat sesuai untuk peranti yang mempunyai touch skrin. Tetapi ia juga sesuai digunakan untuk desktop dan laptop biasa yang tidak menggunakan touch skrin.

    Video dan foto boleh di edit bersama, tetapi terdapat beberapa effect yang dimasukkan. Warna boleh diselaraskan, video boleh diperlahankan atau dipercepatkan. Latar belakang kabur juga boleh ditambah pada video. Aplikasi ini juga mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan audio dan menambah gerakkan yang boleh dikonfigurasikan untuk effect pada foto.

    https://www.topuwp.com/windowsapps/animotica-video-editor/591228/download.html

     

     

    Boleh dikatakan windows mempunyai banyak pilihan aplikasi penyuntingan video percuma di luar sana, dari sumber open source mahupun dari windows store segalanya di jari anda, cuma anda perlu cari yang mana yang sesuai dengan anda.

  • Tiada Lagi Adobe Flash Pada Akhir Tahun 2020

    Tiada Lagi Adobe Flash Pada Akhir Tahun 2020

    Tahukah anda semua bahawa Adobe telah mengumumkan ia akan memberhentikan Flash. Dengan kata lain Flash akan pergi buat selamanya. Adobe Flash banyak digunakan oleh web-based games, online video, dan banyak lagi.

    Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini Flash sentiasa dikaitkan dengan masalah isu keselamatan.

     

    AKAN BERAKHIR SUDAH RIWAYAT ADOBE FLASH

    Walaupun sudah bertahun-tahun isu keselamatan Flash ini diperkatakan ia kekal hangat sehingga ke hari ini, Adobe akhirnya membuat keputusan untuk hentikan Flash. Terdapat banyak pihak dan syarikat teknologi yang mahukan Flash di singkirkan sama sekali, terlalu banyak untuk disebutkan.

    Dan akhirnya, Adobe menyerah kepada tekanan yang dialami dan menyatakan akan menamatkan Flash buat selama-lamanya.

     

     

    Dalam blog post, Adobe berjanji akan menghentikan update dan pengedaran Flash Player pada akhir tahun 2020 dan mengalakkan mereka yang menggunakan format Flash bertukar kepada alternatif yang lain.

    Isu-isu keselamatan adalah sebab utama Flash akan diberhentikan. Tidak lama dahulu Steve Jobs berhujah bahawa Flash perlu dimatikan. Dan sekarang, Flash akan mengundur diri dari gegelung masalah ini, dan mungkin akan digantikan dengan kemunculan teknologi yang baru, seperti HTML5.

     

     

    Apa pendapat anda tentang Adobe untuk hentikan Flash? Patutkah Adobe dari dulu lagi Flash di singkirkan? Sama-sama kita nantikan teknologi baru yang akan menggantikan Flash.

  • Software Audio Digital Untuk  Mac

    Software Audio Digital Untuk Mac

    Apple desktop merupakan perpustaan untuk kebanyakkan perisian kreatif seperti image editor, vector graphic suites, RAW photo processors, audio manipulation software, video editor. Dan sangat sesuai untuk dijadikan stesen kerja audio digital untuk membuat muzik.

     

    • NANOSTUDIO

    Nanosudio adalah aplikasi iOS percuma yang popular dibangunkan oleh Blip Interactive.  Menggunakan pendekatan MIDI dan sample-based approch bermakna ia tidak sesuai untuk merekod guitar dan vokal anda.

    Anda boleh memuatkan sample menggunakan sampler yang disertakan dan memadamkannya sekiranya tidak perlu. Tetapi anda perlu rekod ia luar dari nanostudio. Anda juga boleh download sample tersebut dari laman web Nanostudio.

     

    • GARAGEBAND

    Antara software percuma terbaik untuk music production. Ia mempunyai interface yang mesra pengguna, kaya dengan bunyi yang sedia ada di dalam library, dan mempunyai pelbagai jenis instrumen dan juga effect.

     

     

    Merupakan aplikasi yang hebat untuk recording, arranging, dan composing music. Instrumen yang disertakan juga tidak kurang hebatnya, dan sample tersebut boleh didapati secara percuma dengan Apple Loops.

    Anda mungkin memerlukan sedikit masu untuk membiasakan diri dengan software ini. Termasuk dengan MIDI seperti vitual drummer , dan audio effect seperti amplifier gitar.

     

    • LMMS

    Merupakan software open source yang pada mulanya direka untuk Linux, disertakan dengan virtual instrumen, pelbagai sample, dan juga sokongan plugin

     

     

    LMMS atau dikenali sebagai Linux MultiMedia Studio. Sekarang boleh didapati di Windows dan MacOS.

    LMMS tidak seperti GarageBand yang recording-friendly, sebaliknya hebat dalam membuat melodi dan juga beats menggunakan piano roll dan step sequencer. Anda boleh import recorded sample, dan juga mempunyai pelbagai instrument virtual yang menarik.

     

    • TRACKTION T5

    Merupakan software audio digital yang mempunyai feature editing dan recording yang lengkap.

     

     

    Tracktion 5 juga menggunakan MIDI dan juga trek audio, lengkap dengan set recording dan editing feature, mempunyai keupayaan untuk mix dan share projek anda.

    Anda juga boleh upgrade software ini ke berbayar yang mempunyai pelbagai lagi feature yang menarik yang tidak ada pada versi percuma.

     

    • AUDACITY

    Audacity merupakan software audio digital yang boleh pertimbangkan sekiranya anda mahu membuat muzik. Percuma dengan audio editor dan manipulator, interface mungkin nampak tidak menarik tetapi ia mempunyai tools secukupnya untuk menyunting dan mengubah audio.

     

     

    Aplikasi ini mempunyai pelbagai effect seperti equalizers, reverb, echo, distortion, chorus, dan banyak lagi. Ia juga disertakan dengan sokongan multitrack untuk mengendalikan banyak wave file sekali gus.

    Anda boleh mencuba dahulu software berikut dan yang mana menjadi pilihan anda?

  • Free Aplikasi Flowcharts Terbaik Untuk Windows

    Free Aplikasi Flowcharts Terbaik Untuk Windows

    Flowchart bukan sahaja untuk engineer, programmers, dan managers. Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada belajar menggunakan flowcharts Terutamanya sebagai cara untuk menyelaraskas kerja.

     

    Apa itu flowcharts?

    Flowchart adalah sejenis diagram yang mewakili algoritma, workflow atau proses. Diagram tersebut mengambarkan model penyelesaian kepada masalah tertentu. Flowchart digunakan untuk menganalisis, design,  documenting atau menguruskan proses dan program dalam perlbagai bidang.

     

    Apakah cara yang terbaik untuk membuat flowcharts?

    Terdapat banyak aplikasi flowcharts yang terbaik diluar sana, tetapi kebanyakkannya adalah aplikasi berbayar seperti Microsoft Visio, Office 365 dan sebagainya.

    Ada banyak pilihan percuma yang boleh anda dapati diluar sana, terutamanya untuk kegunaan non-business. Anda boleh belajar untuk membuat flowcharts yang menakjubkan di Microsost Word atau Office ataupun menggunakan salah satu aplikasi percuma ini untuk Windows.

     

    DIA

    Dia adalah aplikasi percuma lengkap dengan feature untuk membuat flowcharts. Ia merupakan open source, dan sangat mudah untuk digunakan.

    Sekiranya anda mencari alternatif percuma yang terbaik untuk Microsoft Visio, Dia adalah salah satu daripadanya.

    • interface yang user friendly
    • Pelbagai bentuk diagram
    • Boleh add custom shape
    • Diagram bewarna

     

    YED GRAPH EDITOR

    Mempunyai tool yang menarik dan up-to-date untuk flowcharts, diagram, network graphs dan banyak lagi. Anda boleh download aplikasi ini tetapi ia memerlukan Java di dilam sistem anda dan sangat versatile.

    • Auto arrange flowcharts
    • Export option, untuk format PNG, JPG, SVG, dan PDF

     

    LIBREOFFICE DRAW

    LibreOffice boleh dikatakan alternatif terbaik untuk Microsoft Office untuk word, spreadsheets, presentations dan visual diagram. Dengan LibreOffice Draw, anda boleh add shapes, symbols, line, connection, text, images, dan banyak lagi.

    • Boleh buka file format Microsoft Visio (tetapi tidak boleh save dalam format Microsoft Visio)
    • Boleh custom saiz page, sesuai untuk semua jenis diagram
    • Mudah untuk digunakan (user friendly)

     

    DIAGRAM DESIGNER

    Diagram Designer agak primitif, dan interface nampak kurang kemas jika nak dibandingkan dengan software Microsoft. Sesuai untuk windows 10, mampu membuat flowchart yang nampak kemas.

    • Mudah untuk digunakan (user friendly)
    • Hanya perlu drag diagram ke dalam
    • Boleh import dan export format PNG, JPG, GIF, dan banyak lagi

     

    THINKCOMPOSER

    ThinkComposer adalah aplikasi yang sesuai untuk mereka yang professional. Sebagai tambahan selain dari flowcharts, ia boleh mengendalikan business models, class diagram, timelines, case diagram dan banyak lagi.

    Ia merupakan pilihan yang bijak untuk mereka yang setiap hari membuat kerja menggunakan flowcharts.

    • Open source dan mempunyai plugin
    • Boleh menggabungkan pelbagai graf dan diagram
    • Mudah digunakan (user friendly)
    • visual diagram yang lebih kemas dan professional

     

    Jenis flowcharts atau diagram macam mana yang selalu anda buat? Antara aplikasi di atas yang mana sesuai dengan anda?

  • KASPERSKY MELANCARKAN ANTIVIRUS PERCUMA UNTUK PC & LAPTOP ANDA

    KASPERSKY MELANCARKAN ANTIVIRUS PERCUMA UNTUK PC & LAPTOP ANDA

    Kaspersky menawarkan antivirus versi percuma, Kaspersky Free yang mampu memberikan perlindungan paling asas secara percuma bagi mereka yang ingin menggunakannya.

    Sesetengah daripada kalangan anda mungkin perasan akan kemerosotan dalam isu keselamatan yang di alami pada tahun-tahun kebelakangan ini.

    Terutamanya kerana penggodam (hackers) dan penjenayah siber telah bertukar kepada method yang lebih maju, untuk mendapatkan wang daripada pengguna komputer dan internet seperti yang ditunjukkan oleh Ransomware baru-baru ini.

     

    Kaspersky Free kini boleh didapati melalui laman webnya. Ia memberi perlindungan terhadap fail, e-mail dan website. Ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan update terbaru daripada Kaspersky yang menambahkan definition ataupun jenis virus baru dan juga algortithm untuk melawannya. Seperti antivirus lain, ia mempunyai ciri-ciri seperti self defense, quarantine dan banyak lagi.

    Selain itu, Kaspersky juga menawarkan 2 jenis antivirus Premium iaitu Kaspersky Internet Security untuk perlindungan daripada serangan daripada Internet dan juga Kaspersky Total Security untuk perlindungan sepenuhnya. Kedua-dua ini juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti parental control, online payment protection dan juga VPN.

    Eugene Kaspersky, pemilik Kaspersky menganggap Kaspersky Free adalah sebuah keperluan asas yang setiap manusia di muka bumi perlu miliki.

     

    Didalam ujian, Kaspersky Free ini berfungsi dengan cukup baik berbanding antivirus percuma daripada company lain. Ia hanya mengambil masa yang sekejap untuk melakukan quick scan pada komputer berbanding antivirus lain.

     

    Kaspersky Free sedang dilancarkan di seluruh dunia secara berperingkat, bermula dengan America, Canada, dan beberapa negara di Asia Pasifik. Sekiranya ia sudah tersedia di sini anda boleh download terus dari laman web kaspersky. Apa yang anda perlukan adalah sistem windows dari windows XP ke Windows 10.

    Download Kaspersky Free Sekarang!

     

  • APLIKASI WINDOWS UNTUK MENERAJUI BAHAGIAN KREATIF ANDA

    APLIKASI WINDOWS UNTUK MENERAJUI BAHAGIAN KREATIF ANDA

    Kreativiti datang dalam semua bentuk dari kata-kata ke muzik dan gambar. Jika anda baru bula menerokai bahagian kreativiti anda dan mahu mula bereksperimen dengan pelbagai aplikasi, jadi saya ada sesuatu yang boleh anda gunakan.

    Untuk pelukis, jurugambar, pembuat muzik, dan banyak lagi, anda boleh membiarkan imaginasi anda berjalan bebas dan aplikasi ini.

     

    FRESH PAINT

    Bagi yang baru bermula atau pelukis berpengalaman, Fresh Paint dari Microsoft adalah aplikasi yang sangat baik untuk membuat lakaran, melukis dan mewarna. Anda bermula dengan memilih untuk melukis dengan pensil.

    Kemudian, import imej, snap gambar dari kamera, atau gunakan salah satu imej yang ada dalam aplikasi tersebut.

    Pilih kanvas atau kertas, berikan ia warna jika anda suka, dan kemudian buka tool untuk membuat karya anda. Anda boleh pilin pensil, pen atau berus dari beberapa pilihan.

    Simpan ciptaan anda dalam format JPG atau PNG atau kongsi dengan orang lain terus dari aplikasinya. Fresh Paint mudah digunakan, menjadikannya aplikasi yang indah untuk pelukis dari semua peringkat umur.

     

    PENCIL SKETCH MASTER

    Sekiranya anda lebih suka membuat sesuatu yang lebih kasual dan ringkas, cuba Master Pencil Sketch. Anda boleh memilih beberapa kanvas yang mempunyai tektur yang lebih realistik.

    Pelbagai feature yang disediakan salah satu seperti menggunakan pen atau highlighter, anda boleh masukan text , tambah pelekat (sticker), menggunakan (shadow) dan menyesuaikan kontras, pencerahan, dan lain- lain.

    Anda boleh menyimpan ciptaan anda apabila selesai, dalam format bitmap.

     

    GRAVIT DESIGNER

    Untuk meneroka pereka grafik dalam diri anda, Gravit Design adalah aplikasi reka bentuk vektor yang lengkap. Anda boleh mebuat segala-galanya dari kad niaga, cover blog ke item bersaiz (mobile). Anda juga boleh membuat imej khusus untuk Facebook, Twitter dan lain-lain rangkaian sosial. Sudah tente anda boleh menyesuaikan saiz kanvas anda sendiri

    Gravit Design mempunyai pelbagai (tool) termasuk simbol, grid, anchors, pilihan text dan web front. Disamping itu, anda boleh menggunakan layer, laluan graf, mengisi borders, dan pelbagai effect.

    Aplikasi ini mudah dan membolehkan anda menyimpan imej dalam ofrmat sperti SVG, JPEG, PNG, atau PDF.

     

    PHOTOTASTIC COLLAGE

    Sebaik sahaja anda memilih foto anda, keseronokan sebenar bermula. Anda boleh menambah latar belakang berwarna, bingkai, atau (shadow effect) serta menyesuaikan jarak foto dan margin kolaj.

    Pilih dari pelbagai  pilihan aspek dari potret atau landskap ke saiz instagram atau Twitter. Anda juga boleh menambah teks atau pelekat.

    Anda boleh membuat kolaj dengan sehingga empat foto kolag secara percuma. Walau bagaimanapun, jika anda suka dengan aplikasi ini dan ingin kolaj yg lebih besar lima ataiu lebih gambar, anda boleh membeli pek premium.

     

    SOUNDTRAP

    Mungkin muzik adalah saluran kreatif anda. Jika ya, Soundtrap adalah aplikasi yang menyeronokkan dan penuh dengan feature untuk membuat muzik. Anda boleh memulakan dengan demo terbina dalamatau mula dari awal dengan slate kosong. Browse loop, import file, or select instrument untuk di mainkan.

    Anda boleh menyesuaikan setiap instrumen dan bunyi secara berasingan untuk trek dengan pilihan untuk rakaman, mute, solo, dan volume. Tukar tempo, key, dan hidupkan metronom dengan mudah dengan menu. Anda boleh memuat turun mix anda sebagai MP3 atau mendapatkan bantuan daripada rakan dengan ciri kolaborasi.