Blog

  • Kenali Musuh Utama Laptop Korang!

    Kenali Musuh Utama Laptop Korang!

    Sebagai pengguna laptop korang WAJIB tahu MUSUH UTAMA untuk laptop korang.

    Musuh utama ini tak lain tak bukan, HABA. Haba ini berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen dalam laptop korang.

    Antara kesan daripada haba ini adalah berlakunya AUTOSHUTDOWN ataupun BLUESCREEN.

    DUA komponen laptop yang paling sensitive terhadap haba adalah PROCESSOR dan GRAPHIC CHIPSET.

     

    Apa itu Processor dan Graphic Chipset?

    • Processor diibaratkan seperti otak laptop, memberikan arahan pada komponen-komponen lain.
    • Graphic Chipset pula komponen yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan display pada laptop.

    Kalau kedua-dua komponen ini rosak, kos untuk repair amatlah tinggi, jadi korang sebagai pengguna laptop perlu menjaga laptop dengan baik supaya laptop anda boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

     

    Macam mana nak elak masalah haba ni?

    Salah satu cara yang terbaik dan berkesan untuk elak masalah haba ini adalah dengan servis laptop korang.

    Servis yang saya maksudkan adalah untuk membersihkan habuk pada kipas dan menggantikan thermal paste.

    Kalau korang ada kepakaran atau keyakinan, boleh terus servis laptop sendiri, atau, hantar ke kedai yang berdekatan untuk lebih selamat.

     

    Kenapa perlu servis laptop?

    Ketika laptop menyedut udara untuk menyejukkan laptop, ia juga akan menyedut habuk-habuk yang berdekatan. Dan habuk-habuk ini akan terkumpul dan menyekat laluan udara, dan ini akan mengakibatkan haba dalam laptop anda tidak dapat dilepaskan keluar.

     

    Habuk je ke menjadi punca masalah haba?

    Tak. Ada satu lagi punca masalah haba adalah thermal paste yang dah pun kering dan keras. Thermal paste ini tujuannya untuk menyalurkan haba pada processor dan graphic chipset kepada heatsink. Dan kipas laptop membantu untuk mengeluarkan haba daripada laptop.

    Penggunaan laptop yang lama boleh menyebabkan thermal paste ini kering dan menjadikan laptop overheat.

     

    Penutup

    Dari apa yang kita dapat pelajari kali ini adalah haba musuh utama pada laptop dan kita sebagai pengguna harus berhati-hati dan beri penjagaan sepenuhnya pada laptop agar laptop kitab oleh bertahan lebih lama.

  • 5 Penyebab Laptop Slow Yang Buat Korang Stress

    5 Penyebab Laptop Slow Yang Buat Korang Stress

    Pada masa sekarang, makin ramai golongan yang menggunakan laptop. Dari pada pelajar sekolah kepada kolej dan universiti, dan mereka yang bekerja juga menggunakan laptop.

    Dengan laptop, pelbagai tugasan boleh disiapkan dengan lebih cepat, tetapi, ada satu masalah besar yang boleh menghancurkan keseronokan dalam menggunakan laptop, iaitu masalah laptop slow.

    Korang boleh bayangkan tak, nak masuk desktop pun lembab macam siput? Dan kesudahannya kerja-kerja yang perlu disiapkan ini menjadi tergendala, yang turut boleh mengundang masalah lain.

    Dalam artikel ini, saya akan menjelaskan 5 penyebab laptop slow yang akan buat korang stress.

     

    5 Penyebab Laptop Slow Yang Buat Korang Stress

    Hard Disk


    Hard disk merupakan komponen utama untuk laptop, kerana hard disk ini menyimpan fail Windows dan juga data-data.

    Hard disk ini berisiko untuk rosak, kalau tak dijaga dengan baik. Apabila hard disk ini rosak, ia boleh jadi penyebab laptop slow.

    Untuk masalah hard disk yang dah rosak ini, cara penyelesaiannya adalah dengan menggantikan hard disk yang baru, atau, upgrade kepada SSD untuk jadikan laptop lebih laju.

     

    RAM


    Random Access Memory atau RAM ini tujuannya adalah untuk simpan data sementara semasa laptop digunakan.

    Jika RAM laptop terlalu rendah, ia akan mengurangkan kebolehan laptop untuk multitasking dan jadi penyebab laptop slow.

    Jadi, sesuaikan jumlah RAM pada laptop bergantung atas penggunaan anda. Jika anda pengguna biasa, 4GB atau 8GB sudah memadai.

     

    Laptop Terlalu Panas


    Laptop ni normal untuk hasilkan haba, tapi kalau laptop terlalu panas, ia akan menurunkan kelajuan processor untuk mengurangkan penghasilan haba, dan ini juga akan jadi penyebab laptop slow.

    Salah satu benda yang pengguna laptop patut tahu adalah laptop perlu diservis, bersihkan kipas, dan gantikan thermal paste sekurang-kurangnya setahun sekali, atau 6 bulan sekali jika laptop kerap digunakan untuk jangka masa yang lama.

     

    Banyak Antivirus


    Antivirus bertujuan untuk memberi perlindungan pada laptop, tapi, kalau ada terlampau banyak antivirus, ia bukan hanya memberi perlindungan tapi turut jadi penyebab laptop slow.

    Tinggalkan hanya satu antivirus dalam laptop, dan uninstall antivirus yang lain.

     

    Banyak Start-Up Programs


    Start-up program adalah program yang akan run secara automatic setelah laptop on dan masuk ke Windows.

    Kalau tak semua program yang run itu anda perlukan apabila laptop on, disablekan sahaja program yang tak diperlukan. Dan run secara manual apabila anda perlukan.

     

    Dan inilah 5 penyebab laptop slow dan juga cara penyelesaiannya. Harap korang dapat selesaikan masalah slow pada laptop korang dan dapat mempermudahkan urusan-urusan korang dengan laptop.

  • Kenapa Perlu Upgrade Ke SSD?

    Kenapa Perlu Upgrade Ke SSD?

    SSD atau nama penuhnya, Solid State Drive, adalah sejenis peranti storan yang kini tidak asing lagi untuk pengguna laptop dan juga desktop. Kita boleh menambahkan kelajuan dan kestabilan pada laptop lama, desktop lama, dengan hanya upgrade hard disk kepada SSD.

    SSD adalah peranti storan yang tidak meruap (non-volatile) yang menggunakan flash memory untuk menyimpan dan mengakses data. Dalam kata lain, SSD tidak menggunakan komponen mekanikal dan ini memberikan perbezaan yang besar.

    Dan untuk artikel ini saya akan menjelaskan kenapa perlu upgrade ke SSD supaya anda lebih mudah buat keputusan untuk upgrade daripada perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membeli laptop yang baru.

     

    Kenapa Perlu Upgrade Ke SSD?

    Ketahanan SSD

    Haba merupakan salah satu punca hard disk boleh rosak, dan haba boleh terhasil daripada bergerakan hard disk, yang kemudiannya boleh menyebabkan ia rosak dari semasa ke semasa. Oleh kerana SSD tidak mempunyai komponen mekanikal, ia boleh mengekalkan suhu yang rendah tapi memberikan prestasi yang lebih baik. SSD juga boleh bertahan dari sebarang pergerakan, hentakan, terjatuh dan menjadikan SSD ini lebih susah untuk rosak.

     

    SSD Lebih Laju Daripada Hard Disk

    SSD adalah seratus kali ganda lebih laju jika dibandingkan dengan hard disk. SSD memberikan boot time yang lebih rendah dan mempercepatkan pengalihan data dan bandwith yang lebih tinggi. Kelajuan yang tinggi bermakna SSD boleh mengendalikan data pada kadar yang lebih laju pada zaman bisnes online seperti sekarang, terutama sekali apabila membuuka programs yang memerlukan data yang banyak seperti operating system. Tak lupa juga, SSD lebih stabil, dan menjamin data yang tersimpan lebih selamat.

     

    Menjimatkan Tenaga

    Oleh kerana SSD tidak mempunyai komponen yang bergerak, SSD tidak menggunakan tenaga yang banyak untuk beroperasi berbanding hard disk yang mempunyai cakera yang berpusing. Penjimatan tenaga ini adalah kelebihan yang besar jika menggunakan SSD pada desktop dan juga laptop. Oleh kerana dengan SSD, bateri laptop boleh bertahan dengan lama berbanding menggunakan hard disk.

     

    Lebih Ringan Dan Tanpa Bunyi

    Saiz SSD yang lebih nipis dan menggunakan flash memory menjadikan laptop lebih ringan berbanding hard disk. Desain yang kompak ini menjadikan SSD sesuai untuk laptop, tablet dan juga komponen elektronik yang lain. Dengan ketiadaan bahagian mekanikal, SSD adalah lebih senyap berbanding hard disk, yang boleh menghasilkan bunyi dan getaran yang agak menjengkelkan.

     

    Jadi, kenapa perlu upgrade ke SSD?

    SSD mempunyai ketahanan yang lebih tinggi dan mampu untuk menahan sebarang kerosakan yang boleh terhasil daripada hentakan, terjatuh. SSD juga boleh meningkatkan kelajuan tak kira untuk boot, load program, game dan juga movie. Tambahan pula, dengan teknologi yang terkini, SSD lebih ringan dan menjimatkan tenaga dan bateri pada laptop yang kemudiannya boleh mengurangkan haba yang terhasil pada laptop.

     

    Nak upgrade ke SSD?

    Tekan je link bawah ni 👇

    Saya Nak Upgrade Ke SSD!

  • 3 Tips Mudah Lajukan Laptop Windows 10!

    3 Tips Mudah Lajukan Laptop Windows 10!

    Zaman sekarang, laptop semakin diperlukan untuk kerja-kerja tak kira sama ada untuk pekerja, pelajar dan juga pemilik bisnes persendirian. Dan Windows 10 juga merupakan salah satu Windows yang paling popular untuk kebanyakan laptop.

    Tapi laptop-laptop ini mempunyai risiko masalah laptop lembab, dan masalah ini boleh menyebabkan produktiviti kerja menurun dan boleh menyebabkan kerja semakin menimbun.

    Untuk artikel ini saya akan kongsikan beberapa tips mudah lajukan laptop yang anda boleh lakukan sendiri.

     

    3 TIPS MUDAH LAJUKAN LAPTOP!

    Tips 1: Bersihkan Fail ‘Temp’

    Fail ‘Temp’ ini mengandungi fail-fail yang tercipta semasa menggunakan apa-apa aplikasi. Dan sekiranya dibiarkan saiznya akan menjadi lebih besar dan memberi kesan kepada kelajuan laptop anda.

    1. Tekan butang Windows + butang R serentak.
    2. Dan taipkan %temp%, kemudian tekan butang enter.
    3. Pilih semua fail di dalam folder ‘temp’ dan tekan butang delete.
    4. Tekan Continue. Jika ada fail yang tak boleh dibuang, tekan Skip sahaja.

     

    Tips 2: Tutup Program Startup Yang Tak Perlu

    Program startup adalah program yang akan run apabila anda masuk sahaja ke Windows setelah tekan butang on.

    Program-program inilah yang boleh menjadikan laptop anda perlahan ketika on.

    Jika anda bersetuju ada program yang anda tak perlukan, anda boleh disable sahaja terlebih dahulu dan kemudian boleh onkan secara manual.

    1. Tekan butang Ctrl + Shift + Esc serentak, dan buka tab Startup
    2. Pilih program yang anda tak perlukan.
    3. Tekan butang Disable.

     

    Tips 3: Tutup Background Apps

    Windows 10 mempunyai banyak apps yang sudah terinstall. Dan tak semua apps ini perlu untuk berjalan ketika kita menggunakan laptop.

    Jadi kita patut tutup background apps agar laptop kita boleh menjadi lebih laju dan lebih lancar.

    1. Tekan Start, dan taip backgrund apps dan tekan Enter.
    2. Tutup sahaja background apps pada toggle mengikut rajah dibawah.
    3. Jika anda memerlukan apps yang tersenarai, anda perlu enablekan semula, dan kemudian disable mana-mana apps yang anda tidak perlukan.

     

    Dan sampai disini sahaja 3 tips mudah lajukan laptop khusus untuk Windows 10. Sekiranya anda menyukai artikel ini, sila sharekan dengan kawan-kawan agar lebih ramai yang dapat ilmu yang saya kongsikan ini. Assalamualaikum WBT!

  • Skrin Laptop Rosak

    Skrin Laptop Rosak

    Kini, laptop dah jadi satu keperluan untuk kebanyakan orang. Baik untuk pelajar dan juga mereka yang sudahpun berada di alam pekerjaan, laptop boleh dianggap sudah menjadi kawan baik kerana ianya mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Tapi, masih lagi ramai orang yang tak tahu cara penjagaan skrin yang betul dan ia mendorong kearah masalah skrin laptop rosak. Ada yang hanya sedar laptop bermasalah apabila muncul tanda skrin laptop rosak. Salah satu kesilapan yang biasa orang buat adalah terus membeli laptop yang baru setelah muncul tanda skrin laptop rosak. Dan sebenarnya ia akan merugikan kita. Untuk masalah pada skrin laptop, jangan terus beli laptop baru kerana laptop itu masih lagi ada harapan untuk dipulihkan walaupun sudah nampak tanda skrin laptop rosak. Tanda Skrin Laptop Rosak Yang Sering Terjadi Sebagai pengguna laptop, kita perlu sentiasa peka tentang punca atau tanda skrin laptop rosak ini. Jika ada tanda skrin laptop rosak, terus dapatkan bantuan servis tukar skrin laptop dari kedai baiki laptop yang berpengalaman. Antara tanda skrin laptop rosak yang perlu tahu adalah: Tiada Paparan Pada Skrin Jika laptop anda sudahpun hidup tapi tiada paparan pada skrin, ini bermakna sama ada masalah berpunca daripada skrin itu sendiri ataupun daripada masalah lain. Sebab itu pentingnya untuk periksa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Skrin Laptop Pecah Skrin laptop yang sudah pecah akan kelihatan seperti ada garisan pecah dan merekah pada skrin. Skrin yang pecah ini boleh menghalang pandangan dan menganggu apabila ingin menggunakan laptop. Muncul Garisan Pada Skrin Garisan halus boleh muncul pada skrin dalam keadaan menegak ataupun melintang. Garisan ini muncul pada mana-mana bahagian skrin dan jika dibiarkan, garisan ini akan bertambah semakin banyak dan teruk. Skrin Berkelip Jika skrin anda kerap berkelip ketika digunakan juga adalah disebabkan oleh masalah skrin laptop rosak. Skrin Malap Ini juga masalah skrin laptop rosak yang selalu terjadi pada laptop, kebiasaannya sukar untuk kita lihat pada skrin kerana backlight pada skrin sudahpun rosak. Jadi memerlukan cahaya untuk nampak paparan pada skrin semula. Apakah Punca Skrin Laptop Rosak? Sebenarnya banyak masalah yang terjadi pada skrin berpunca daripada kesilapan dalam penjagaan dan juga penggunaan. Antara puncanya adalah:
    • Tidak pernah shut down setelah menggunakan laptop
    • Memegang laptop hanya pada panel skrin sahaja
    • Meletakkan barangan di atas laptop
    • Meninggalkan barangan di atas keyboard laptop
    • Terjatuh
    7 Tips Penjagaan Laptop Yang Betul Oleh kerana laptop adalah peralatan elektronik yang sensitif, jadi kita perlu memberikan perhatian dalam penjagaan laptop supaya kita tidak berhadapan dengan masalah pada laptop.
    1. Menggunakan laptop di kawasan bersuhu rendah.
    2. Jangan tinggalkan laptop di dalam kereta.
    3. Simpan laptop di dalam beg sekiranya tidak digunakan.
    4. Pastikan tiada barangan atas laptop sebelum menutup laptop.
    5. Pegang laptop pada bahagian bawah.
    6. Servis laptop secara berkala.
    7. Bersihkan skrin laptop dengan alat yang khusus.
    Skrin Laptop Rosak? Jangan Terus Beli Yang Baru! Jika skrin laptop rosak, jangan membuat kesilapan dengan gopoh-gapah membeli laptop yang baru. Kerana laptop yang baru agak tinggi kosnya. Lebih baik cari terlebih dahulu kedai servis laptop untuk menyelesaikan masalah skrin laptop rosak. Dan salah satu pihak yang menyediakan servis tukar skrin yang baru adalah FR Laptop Services. Tak sempat untuk kedai kerana tiada masa? Atau kedai servis terlalu jauh? Jangan risau, pihak FR Laptop Services ada menyediakan servis runner untuk mengambil dan menghantar semula laptop kepada anda setelah dibaiki. Anda ada masalah skrin laptop rosak? Boleh terus hubungi atau terus ke kedai:

    Alamat 508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan 55100 KL

    No tel : 0172882349

    Waze/Google Map : FR Laptop Services

    Waktu operasi : Isnin – Ahad : 9am-9pm

  • Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Skrin Laptop Yang Betul

    Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Skrin Laptop Yang Betul

    Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Skrin Laptop Yang Betul | Laptop merupakan salah satu keperluan buat masa ini. Baik untuk pelajar mahupun mereka yang sudah berkerjaya, komputer riba atau laptop ini sudah menjadi ‘teman baik’ kerana mudah untuk dibawa ke mana saja.

    Sayangnya tidak semua orang tahu cara penjagaan skrin laptop yang betul. Ada antara kita yang baru sedar laptop bermasalah hanya ketika muncul tanda screen laptop rosak.

    Muncul Tanda Screen Laptop Rosak, Terus Beli Baru? Sabar Dulu!

    Salah satu kesilapan yang ramai orang buat adalah terus beli laptop baru setelah muncul tanda screen laptop rosak. Cara itu hanya akan membuat kita lebih rugi.

    Kalau screen laptop dah crack atau rosak, jangan beli laptop baru kerana laptop itu masih ada harapan untuk diselamatkan walaupun sudah ada tanda screen laptop rosak tersebut.

    Tanda Screen Laptop Rosak Yang Sering Berlaku

    Sebagai pengguna, kita perlu ambil perhatian tentang punca atau tanda screen laptop rosak ini. Setelah melihat ada tanda-tandanya, segera dapatkan bantuan servis tukar skrin laptop dari kedai baiki laptop yang berpengalaman.

    Antara tanda-tanda skrin laptop rosak yang perlu diberi perhatian adalah :

    1. Skrin Laptop Tidak Hidup (Blank Screen)


    Skrin laptop tidak hidup dikenali sebagai blank screen. Walau laptop sudah on tetapi skrin laptop tetap gelap tidak berfungsi. Ini salah satu masalah yang paling mengecewakan kerana sukar untuk menentukan punca masalahnya sebenarnya apa.

    2. Skrin Laptop Retak


    Skrin laptop yang retak akan kelihatan seperti garisan pecah dan merekah pada skrin. Skrin retak ini benar-benar menganggu dan sudah pada tahap tidak boleh digunakan lagi melainkan dengan menukarnya dengan skrin yang baru.

    3. Muncul Garisan Menegak / Mendatar Pada Paparan Skrin


    Garis-garis halus pada skrin komputer boleh muncul dalam dua keadaan iaitu secara melintang atau menegak. Ada garisan yang muncul dalam warna putih dan ada juga yang berwarna-warni. Garisan ini boleh keluar pada mana-mana bahagian di skrin dan jika dibiarkan, garisan yang sedikit akan bertambah menjadi semakin banyak dan teruk.

    4. Skrin Berkelip


    Apabila skrin anda berkelip atau mengalami herotan warna itu tandanya skrin laptop benar-benar sedang mengalami masalah. Tanda screen laptop rosak ini perlu segera diberi perhatian.

    5. Skrin Laptop Malap

    Masalah skrin laptop malah turut dianggap sebagai salah satu masalah pada skrin. Cara mudah untuk menyedarinya apabila telah menaikkan tahap pencahayaan skrin di tahap maksimum tetapi skrin masih tetap malap. Ada juga skrin yang pada mulanya cerah tetapi bertukar menjadi malap secara tiba-tiba ketika sedang digunakan.

    Apa Punca Screen Laptop Rosak? Ini Sebab Kenapa Skrin Laptop Boleh Rosak

    Untuk pengetahuan, screen laptop rosak ini boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian kita sendiri sebagai pengguna.

    Antara kesilapan atau kecuaian yang sering dilakukan hingga menyebabkan tanda screen laptop rosak ini muncul adalah seperti yang di bawah.

    • Tidak pernah mematikan laptop selepas selesai guna.
    • Mengambil laptop dengan memegang kuat pada bahagian skrin.
    • Meletakkan barangan lain seperti buku di atas skrin (hempap skrin).
    • Tidak pernah peduli untuk memasang antivirus.
    • Selalu membiarkan banyak tab terbuka dalam satu masa.
    • Terlalu banyak program dilancarkan ketika laptop dihidupkan.

     

    10 Tips Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

    Laptop merupakan peralatan yang sangat sensatif dan memerlukan penjagaan yang baik. Sekadar beli hanya untuk guna tanpa tahu cara penjagaan skrin laptop yang betul akan menyebabkan kita perlu berdepan dengan masalah ini untuk setiap laptop yang dimiliki.

    Apa gunanya hanya tahu guna dan tukar baru setelah rosak sedangkan perkara ini boleh diatasi dengan cara yang lebih baik.

    1. Jangan dedahkan laptop kepada perubahan suhu yang cepat. Turun naik suhu yang besar boleh menyebabkan kerosakan besar pada laptop.
    2. Jangan tinggalkan laptop di dalam kereta. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta akan mendedahkannya kepada suhu yang terlalu teruk dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius.
    3. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta ini juga boleh menjadi sasaran pencuri.
    4. Gunakan beg komputer riba untuk mengurangkan kemungkinan terjatuh atau terlanggar secara tidak sengaja pada laptop tersebut.
    5. Gunakan beg komputer riba yang sesuai. Pastikan beg cukup besar untuk memuatkan komputer riba dengan selesa. Elakkan letak laptop bersama barangan lain bagi mengelak laptop menjadi calar dan pecah skrinnya.
    6. Untuk mencegah kerosakan pada monitor, pastikan tiada halangan (klip kertas, pen atau pensel) pada keyboard semasa menutup penutup. Item seperti ini boleh mengemek, mencalar atau bahkan memecahkan skrin.
    7. Tutup penutup dengan betul. Tutup penutup perlahan-lahan dan tahan dari tengah skrin. Menutup tudung menggunakan hanya satu tepi menyebabkan tekanan tambahan pada engsel yang lama kelamaan akan retak dan pecah.
    8. Pegang komputer riba pada tapaknya. Mengangkat dan memegang komputer riba pada paparan menghasilkan tekanan yang tidak diperlukan pada engsel. Tindakan ini boleh mengarahkan tekanan ke LCD dan mengubah bentuk atau memecahkan skrin itu sendiri.
    9. Bersihkan habuk pada keyboard dari masa ke semasa.
    10. Lap skrin laptop dengan cecair pencuci skrin yang boleh didapati dari kedai-kedai menjual peralatan laptop dan komputer.

    Screen Laptop Rosak? Jangan Terus Beli Baru! Jimatkan Wang Dengan Hantar Baiki di FR Laptop Services

    Sebagaimana yang telah dikongsikan tadi, cara penjagaan screen laptop yang salah merupakan salah satu sebab kenapa screen laptop menjadi rosak. Walaubagaimanapun, perkara yang sudah berlaku tidak bermakna kita perlu terus menyalahkan diri.

    Jika benar screen laptop telah rosak, jangan terus membuat kesilapan dengan segera membeli laptop baru kerana ia akan menyebabkan kita perlu berbelanja dengan lebih banyak.

    Sebelum membeli laptop baru, ada baiknya mencari dulu tentang servis repair screen. Walau kita tidak tahu how to repair screen laptop tetapi kita masih ada pilihan dengan menghantar repair screen laptop ini pada mereka yang pakar.

    Salah satu pihak yang boleh repair laptop screen ini adalah FR Laptop Service. Boleh lihat wajah gembira para pelanggan yang gembira dapat selamatkan laptop masing-masing tanpa perlu berbelanja lebih. Dapat jimat kos baiki laptop dari beli baru.


    Tidak sempat nak hantar laptop ke kedai kerana tidak ada masa? Tidak juga boleh hantar laptop kerana lokasi jauh? Jangan bimbang kerana pihak FR Laptop Service ada menawarkan khidmat runner untuk ambil dan hantar semula laptop setelah siap di baiki.

    Laptop rosak pada bahagian skrin atau apa, boleh hubungi pihak FR Laptop Service. Harga baiki screen laptop rosak ini juga sangat berbaloi-baloi. Tidak kisahlah repair screen laptop Acer, Asus atau lain-lain jenama sekalipun, pihak FR Laptop Service sentiasa ready untuk menawarkan khidmat mereka dengan harga yang sangat berpatutan.

    Akhir kata semoga artikel ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak info berkaitan tanda screen laptop rosak bersama tips panduan cara penjagaan laptop yang betul.

    Sekali lagi diingatkan, jika ada tanda-tanda screen laptop rosak jangan sibuk mencari punca sebaliknya lekas bertindak tukar skrin laptop rosak dengan yang baru bagi mengelak masalah tersebut berlarutan.

    Alamat:
    508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan
    55100 Kuala Lumpur
    No tel: 0172882349

    Waze/Google Maps: FR Laptop Services
    Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

    Website | Facebook

  • Kesan Keyboard Laptop Rosak

    Kesan Keyboard Laptop Rosak

    Keyboard atau di dalam Bahasa Melayu, papan kekunci adalah salah satu komponen penting untuk sesbuah komputer riba ataupun laptop. Tanpa adanya keyboard, ianya sukar untuk menaip dan menggunakan laptop. Lagi menyedihkan, keyboard laptop ini ada ketikanya boleh rosak secara tiba-tiba.

    Tertekan rasanya bila terjadi apa-apa kerosakan pada keyboard. Mana taknya, tak dapat nak gunakan laptop gara-gara kerana keyboard laptop yang sudah pun rosak.

    Antara Kesan-Kesan Keyboard Laptop Rosak

    Untuk pengetahuan semua, kesan keyboard laptop rosak ini ada banyak. Cuma, ramai yang diantara kita yang tidak menyedari atau dengan sengaja mengendahkan kesan-kesan tersebut. Antara kesan-kesan keyboard laptop rosak adalah:

    • Keyboard tertekan dengan sendiri
    • Terdapat huruf / nombor yang tidak dapat ditekan
    • Tombol huruf tertukar
    • Tekan butang sekali, huruf keluar berderet banyak kali
    • Keluar bunyi beep yang panjang
    • Huruf keyboard tidak berfungsi sama sekali
    • Keyboard laptop tekan lain keluar lain

    Punca Kenapa Boleh Berlakunya Masalah Keyboard Laptop Rosak

    Ada beberapa punca utama yang boleh menyebabkan berlakunya masalah keyboard laptop rosak ini. Antara punca utama kepada masalah keyboard laptop rosak ini selalunya daripada kecuaian kita sendiri sebagai pengguna.

    Habuk / Kotoran Sisa Makanan

    Salah satu kebiasaan pengguna laptop adalah makan di hadapan laptop semasa menggunakannya. Sebenarnya cara ini salah kerana sisa makanan boleh terjatuh dan melekat di celah butang keyboard.

    Habuk juga adalah punca utama berlakunya masalah keyboard laptop rosak. Cara terbaik adalah membersihkan keyboard secara berkala, dan memastikan tiada kotoran atau habuk yang melekat.

    Tekan / Ketuk Keyboard Laptop Dengan Kuat

    Bermain permainan video di laptop memang menyeronokkan. Tetapi, disebabkan oleh keseronokkan ini menyebabkan keyboard laptop digunakan dengan agak kasar. Ketika sedang bermain, keyboard sering ditekan dan diketuk dengan kuat meskipun sebenarnya keyboard laptop ini sensitif terhadap impak.

    Air Yang Tertumpah

    Kejadian air yang tertumpah ke atas keyboard laptop ini pastinya tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja. Air yang tertumpah ini boleh menyebabkan laptop rosak teruk. Ia jadi lebih serius sekiranya air yang bergula seperti kopi, milo yang tertumpah ke atas keyboard laptop.

    Butang Keyboard Dicabut

    Ini ada masalah yang paling biasa terjadi sekiranya ada anak-anak kecil di rumah. Laptop boleh kehilangan butang pada keyboard akibat dicabut oleh anak-anak kecil. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya butang keyboard hilang, akibatnya adalah sukar untuk menggunakan laptop untuk kerja-kerja menaip.

    Ramai yang menganggap bahawa sekiranya ada butang yang hilang, mereka boleh terus ke kedai laptop untuk membaiki satu butang sahaja. Maaf, ia tidak semudah itu. Keyboard laptop didatangkan dalam bentuk satu papan. Sekiranya ada butang yang bermasalah, makanya harus ditukar keseluruhan keyboard.

    Keyboard Bermasalah Mungkin Petanda Awal Laptop Rosak

    Sekiranya keyboard pada desktop rosak, boleh ditukar terus tapi untuk laptop, masalah keyboard laptop rosak tidak semudah itu. Keyboard laptop merupakan komponen asas yang cukup penting untuk sesebuah laptop, jika keyboard laptop bermasalah, jangan sesekali dipandang remeh.

    Tak kira sama ada kesan keyboard laptop rosak itu melibatkan butang keyboard yang tidak berfungsi, ataupun apabila tekan butang lain, keluar huruf lain, ataupun langsung tidak berfungsi sama sekali. Ada baiknya hantar laptop bermasalah itu kepada mereka yang lebih pakar.

    FR Laptop Services, Pakar Baiki Laptop Rosak Murah di Kuala Lumpur

    Risau nak hantar laptop ke kedai kerana harga untuk menukar keyboard laptop rosak mahal? Jangan terus buat kesimpulan ya. Bukan semua kedai mengenakan caj servis yang tinggi dan mahal. Untuk kawasan KL dan Selangor, saya syorkan kedai FR Laptop Services yang berada di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

    Keyboard laptop rosak? Butang keyboard laptop tercabut? Butang keyboard laptop tak boleh ditekan? Tekan butang lain pada keyboard laptop, keluar butang lain? Tak kira apa pun masalah pada keyboard laptop itu, boleh gunakan servis baiki laptop daripada pihak FR Laptop Services.

    Sudah Ramai Yang Berpuas hati Dan Diyakini Ramai

    Ini adalah sebahagian daripada pelanggan yang berpuas hati dengan servis daripada FR Laptop Services.

    Mahu Atasi Masalah Keyboard Laptop Rosak Dari Kedai Laptop Murah Area Kuala Lumpur? Hubungi FR Laptop Services Segera!

    Sekiranya laptop anda menunjukkan kesan-kesan masalah keyboard laptop rosak, segeralah bertindak kerana keputusan segera anda boleh menyelamatkan laptop anda daripada mengalami masalah yang lebih serius.

    Jika anda tidak berkesempatan untuk ke kedai FR Laptop Services? Jangan risau, pihak FR Laptop Services ada menyediakan khidmat runner untuk ambil dan hantar laptop anda nanti.

    Segera hubungi FR Laptop Services untuk menyelamatkan masalah keyboard laptop rosak.

    Alamat:

    508 Jalan Kanan 1

    Kampung Pandan

    55100 Kuala Lumpur

    No tel: 0172882349

    Waze/Google Maps: FR Laptop Services

    Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

  • Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

    Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

    Papan kekunci atau keyboard merupakan salah satu bahagian penting pada komputer riba (laptop). Tanpa keyboard, laptop tidak dapat berfungsi. Apa yang menyedihkan, keyboard laptop ini ada ketikanya boleh rosak secara tiba-tiba.

    Kerosakan pada keyboard laptop boleh menyebabkan rasa tertekan. Apa tidaknya, mahu guna laptop sudah tidak boleh lagi gara-gara kerana keyboard laptop yang rosak.

    Antara Tanda-Tanda Keyboard Laptop Rosak

    Untuk pengetahuan, tanda keyboard laptop rosak ini banyak. Cuma, ada antara kita yang tidak perasan atau sengaja tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut. Antara tanda-tanda keyboard laptop rosak adalah :

    • Keyboard tertekan dengan sendiri
    • Terdapat huruf / nombor yang tidak dapat ditekan
    • Tombol huruf tertukar
    • Tekan butang sekali, huruf keluar berderet banyak kali
    • Keluar bunyi beep yang panjang
    • Huruf keyboard tidak berfungsi sama sekali
    • Keyboard laptop tekan lain keluar lain

    Punca Kenapa Boleh Berlaku Masalah Keyboard Laptop Rosak

    Terdapat banyak punca kenapa boleh berlaku masalah keyboard laptop rosak ini. Antara penyebab utama kepada masalah keyboard laptop rosak ini selalunya berpunca dari kelalaian kita sendiri.

    1. Habuk / Kotoran Sisa Makanan


    Makan di hadapan laptop semasa sedang menggunakan merupakan perkara biasa yang sering dilakukan oleh ramai orang. Sebenarnya cara ini salah kerana sisa makanan boleh melekat di celah butang keyboard.

    Habuk juga merupakan salah satu punca boleh berlaku kerosakan pada keyboard laptop. Cara terbaik, bersihkan keyboard laptop secara berkala.

    2. Tekan / Ketuk Kuat Keyboard Laptop


    Main permainan online di laptop memang seronok. Keseronokkan tu menyebabkan keyboard laptop digunakan dengan agak keterlaluan. Ketika bermain dashboard sering ditekan dan diketuk dengan kuat sedangkan keyboard laptop ini bersifat sensitif.

    3. Tertumpah Air


    Kejadian tumpah air minuman pada keyboard laptop pasti tidak akan boleh dilupakan oleh sesiapa saja. Tumpah air ini boleh menyebabkan laptop rosak teruk. Makin serius jika tertumpah air bergula seperti kopi dan sebagainya.

    4. Butang Huruf Keyboard Dicabut

    Masalah ini sering berlaku pada laptop yang dimiliki oleh ibu atau bapa dengan kehadiran anak di rumah. Laptop ibu atau ayah boleh kehilangan butang huruf keyboard akibat dicabut oleh anak. Perkara ini jangan dibiarkan kerana walau hanya tercabut satu, keyboard laptop tersebut boleh mengalami masalah.

    Ramai menganggap salah satu butang keyboard laptop tidak berfungsi, boleh ke kedai baiki laptop dan minta untuk menggantikan satu butang yang rosak itu dengan butang yang baru. Maaf, ia tidak semudah itu. Keyboard laptop merangkumi keseluruhan papan keyboard, tidak hanya pada butang huruf semata-mata.

    Cara Repair Keyboard Laptop

    Saya sendiri pernah mengalami beberapa tanda keyboard laptop rosak. Stress di buatnya! Masalah keyboard laptop rosak ni secara tak langsung sudah menganggu masalah kerja yang perlu disiapkan segera menggunakan laptop tersebut.

    Saya ada juga mencari cara repair keyboard laptop sendiri dari carian Google. Antara tips yang diberikan sebagai cara untuk repair masalah keyboard laptop rosak tidak berfungsi adalah seperti yang di bawah.

    Langkah 1 : Matikan komputer.
    Langkah 2 : Tekan butang Power, dan kemudian segera tekan kekunci Esc berulang kali untuk membuka Startup Menu.
    Langkah 3 : Tekan F10 untuk membuka tetapan BIOS.
    Langkah 4 : Tekan F5 untuk memuatkan tetapan lalai, dan kemudian tekan F10 untuk menerima perubahan.
    Langkah 5 : Mulakan semula komputer.

    Walaupun ada tips cara repair keyboard laptop sendiri dari Google tapi saya tak berani untuk melakukannya. Bukan apa, takut juga jika tanda keyboard laptop rosak ini sebenarnya petanda awal untuk masalah laptop rosak yang lebih serius.

    Keyboard Masalah Mungkin Petanda Awal Laptop Rosak

    Keyboard PC rosak boleh terus ditukar ganti baru tapi untuk keyboard laptop rosak ia tidak semudah itu. Keyboard merupakan komponen penting pada laptop, maka jika keyboard laptop bermasalah jangan sesekali dipandang ringan.

    Tidak kisahlah sama ada tanda keyboard laptop rosak itu melibatkan huruf keyboard tidak berfungsi, keyboard laptop tekan lain keluar lain atau sama sekali tidak berfungsi. Ada baiknya hantar laptop kita itu pada mereka yang lebih pakar.

     

    FR Laptop Service, Pakar Baiki Laptop Rosak Murah di KL

    Risau nak hantar laptop ke kedai kerana harga tukar keyboard laptop Acer dan lain jenama ini mahal? Janganlah terus membuat kesimpulan. Tidak semua kedai mengenakan caj servis yang tinggi. Untuk kawasan KL dan Selangor, saya sarankan kedai FR Laptop Service yang terletak Kampung Pandan Kuala Lumpur.

    Keyboard laptop rosak? Keyboard laptop butang tercabut? Keyboard laptop butang tak boleh tekan? Keyboard laptop tekan lain keluar lain? Huruf keyboard laptop tidak berfungsi? Tidak kira apa masalah pada keyboard laptop itu, boleh gunakan servis baiki laptop dari pihak FR Laptop Service.

     

    Sudah Lama Diyakini & Ramai Pelanggan Puashati

    Ini sebahagian daripada maklumbalas pelanggan selepas menggunakan khidmat baiki keyboard laptop rosak dan lain-lain masalah berkaitan laptop di sini.

    Mahu Atasi Tanda Keyboard Laptop Rosak Dari Kedai Laptop Murah Area KL? Hubungi FR Laptop Service Segera!

    Ada tanda keyboard laptop rosak, segeralah bertindak kerana keputusan segera anda boleh menyelamatkan laptop dari mengalami masalah yang lebih serius. Apalah sangat harga keyboard laptop rosak yang perlu ditukar jika hendak dibandingkan dengan kos baiki laptop secara keseluruhan.

    Tidak ada masa untuk hantar laptop ke kedai? Jangan risau, pihak FR Laptop Service ada menyediakan khidmat runner untuk ambil dan hantar laptop anda nanti.

    Keyboard masalah hingga laptop sudah tidak boleh berfungsi dengan betul? Apa tunggu lagi? Segera hubungi pihak FR Laptop Service hari ini untuk menyelamatkan laptop kesayangan masing-masing.


    Alamat:
    508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan
    55100 Kuala Lumpur
    No tel: 0172882349

    Waze/Google Maps: FR Laptop Services
    Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

    Website | Facebook

  • Laptop Rosak Motherboard

    Laptop Rosak Motherboard

    Alamat:

    508 Jalan Kanan 1

    Kampung Pandan

    55100 Kuala Lumpur

    No tel: 0172882349

    Waze/Google Maps: FR Laptop Services

    Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

    Motherboard atau papan induk adalah nyawa bagi sesebuah peranti elektronik seperti laptop. Jika berlaku kerosakan pada motherboard maka tidak berfungsilah laptop atau desktop. Sebab itu penting penjagaan motherboard. Biarpun ia berada di dalam dan di tutupi dengan casing tapi jika tidak di jaga atau servis tidak mustahil akan berlaku kerosakan.

    Peralatan elektronik seperti laptop memang sangat sensitif dan mudah rosak sekiranya tidak di jaga dengan baik. Jadi untuk memastikan laptop anda mampu bertahan lama perlu juga sekurang kurangnya setahun sekali untuk hantar servis sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran melakukannya sendiri. Ia Bagi memastikan tiada habuk atau kotoran terkumpul dan terperangkap seterusnya menjadi penyebab laptop motherboard rosak. Kerana salah satu punca laptop motherboard rosak adalah habuk & kotoran yang terperangkap di dalam laptop menyebabkan laptop menjadi panas seterusnya merosakan motherboard.

    Sebab itu, Penting untuk kita tahu punca laptop motherboard rosak supaya kita boleh berhati hati semasa mengendalikan laptop.

    Salah satu tanda laptop motherboard rosak adalah apabila laptop tidak dapat di hidupkan. Tapi sebelum membuat keputusan bahawa laptop motherboard rosak anda perlu terlebih dahulu buat pemeriksaan. Mungkin juga bukan disebabkan laptop motherboard rosak ia tidak dapatdi hidupkan. Punca laptop tak dapat di hidupkan mungkin di sebabkan beberapa perkara lain juga antaranya..

    Kad grafik
    Berkemungkinan kad grafik dalam kedudukan tidak stabil atau mungkin kad grafik anda sudah rosak menjadi punca laptop tidak dapat di hidupkan. Ia tidak perlu di ganti keseluruhan motherboard hanya perlu mengantikan kad grafik sahaja. Cara memeriksa kad grafik, cabut & pasang semula. Jika tiada masalah laptop akan boleh di hidupkan semula. Jika masih tidak boleh, mungkin laptop motherboard rosak.

    Bateri CMOS
    Ia berkemungkinan bateri cmos pada motherboard sudah kehabisan kuasa membuatkan laptop tidak dapat di hidupkan. Jadi tukar kepada bateri baru. Sekiranya masih tidak boleh di hidupkan mungkin laptop motherboard rosak.

    RAM
    RAM juga antara punca kenapa berlakunya laptop tidak dapat di hidupkan. Seperti biasa buka dan pasang semula RAM bagi memeriksa kerosakan. Sebaiknya cuba guna RAM lain untuk memeriksa samada RAM bermasalah atau tidak. Sekiranya selepas menukar RAM laptop berjaya di hidupkan bermakna bukan laptop motherboard rosak. Andai sebaliknya cuba cari kerosakan peralatan lain pula. Jika semua sudah di periksa tapi masih gagal di hidupkan, ia mungkin salah satu petanda laptop motherboard rosak.

    Tapi bagi yang ada kemahiran membuka laptop sahaja boleh melakukan perkara tersebut. Sekiranya anda tiada kemahiran sebaiknya hantarlah ke pusat servis laptop untuk di periksa. Jangan sesekali melakukan perkara tersebut sendiri. Risau sekiranya laptop anda hanya mengalami kerosakan kecil tapi di atas sebab kecuaian semasa membuka casing dan kompenen lain boleh menyebabkan laptop motherboard rosak.

    Laptop motherboard rosak memang perlu di ganti keseluruhannya. Tidak boleh di ganti dengan satu kompenen sahaja. Jadi sangat perlu anda mencari mereka yang terlatih dan mempunyai kepakaran untuk membuka, memeriksa dan memasang semula laptop anda.

    Sekiranya anda memerlukan khidmat untuk memeriksa atau menukar laptop motherboard rosak anda boleh menghubungi FR Laptop Services. FR Laptop Services merupakan salah satu syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan membaiki laptop.

    FR Laptop Services mempunyai staff yang terlatih dalam mengendalikan masalah laptop motherboard rosak. Jadi anda tidak perlu risau jika ingin menggunakan khidmat mereka.

    Anda boleh walk in atau hubungi:

    Alamat:

    508 Jalan Kanan 1

    Kampung Pandan

    55100 Kuala Lumpur

    No tel: 0172882349

    Waze/Google Maps: FR Laptop Services

    Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

    InsyaAllah FR Laptop Services antara kedai yang berpengalaman mengendalikan masalah laptop motherboard rosak yang dipercayai dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan mereka.

  • Punca Laptop Motherboard Rosak

    Punca Laptop Motherboard Rosak

    Alamat:

    508 Jalan Kanan 1

    Kampung Pandan

    55100 Kuala Lumpur

    No tel: 0172882349

    Waze/Google Maps: FR Laptop Services

    Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

    Motherboard ataupun di dalam Bahasa Melayu, papan induk adalah tulang belakang yang menghubungkan semua komponen dalam komputer dan membolehkan mereka untuk berinteraksi sesama mereka. Jika ada kerosakan pada motherboard, kebiasaannya laptop ataupun desktop ini tidak akan dapat berfungsi. Meskipun motherboard cuma berada di dalam casing laptop ataupun desktop, jika tidak dijaga dengan baik, kerosakan berkemungkinan akan terjadi.

    Peranti elektronik seperti laptop sangat sensitif dan mudah rosak sekiranya tersilap cara penggunaan dan penjagaan dengan baik. Dan untuk memastikan motherboard laptop sentiasa dalam keadaan yang baik dan boleh bertahan lama, laptop harus diservis sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengeluarkan habuk dan kotoran juga menggantikan thermal paste pada laptop. Habuk dan kotoran serta thermal paste yang kering biasanya menjadi punca laptop motherboard rosak.

    Oleh sebab itu, penting sebenarnya untuk kita tahu punca laptop motherboard rosak supaya kita boleh bersedia dan lebih berhati-hati semasa menggunakan laptop.

    Salah satu tanda yang paling popular laptop motherboard rosak adalah apabila laptop tidak dapat dihidupkan. Tetapi, bukan semua masalah laptop tak boleh hidup berpunca daripada motherboard. Jadi, laptop harus diperiksa terlebih dahulu sebelum memastikan punca laptop tak boleh dihidupkan.

    Punca laptop tak dapat dihidupkan mungkin disebabkan perkara lain, seperti:

    Bateri

    Sekiranya anda menggunakan bateri sahaja, dan laptop tidak dapat dihidupkan, anda boleh mencuba untuk menggunakan charger pula. Banyak kes yang kami terima dimana bateri laptop dah rosak, jadi sukar untuk hidupkan laptop tanpa menggunakan charger.

    Charger

    Jika anda sudah menggunakan charger asal laptop tapi masih lagi tidak boleh dihidupkan, anda boleh cuba pula menggunakan charger daripada laptop lain, tapi anda perlu pastikan jenis charger dan kapasiti charger juga sama agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

    RAM

    Untuk memeriksa RAM, anda hanya perlu menanggalkan RAM dan cuci pada bahagian yang dipasang pada laptop, dengan hanya menggunakan pemadam. Laptop yang dah lama digunakan tanpa servis kebiasaannya akan dipenuhi habuk dan menyebabkan laptop tidak dapat dihidupkan. Jika masih sama, anda boleh cuba untuk menukar kepada RAM yang lain. Jika masih sama, mungkin laptop motherboard rosak.

    Jika anda sudah memeriksa semua komponen tapi masih tak dapat dihidupkan, berkemungkinan besar ia adalah tanda laptop motherboard rosak.

    Tapi jika anda tidak mempunyai kemahiran membuka laptop, lebih baik anda hantar ke kedai yang berdekatan untuk mengelakkan masalah yang mungkin terjadi disebabkan oleh kesilapan dalam pemasangan. Risau sekiranya laptop hanya mempunyai masalah yang ringan, tetapi disebabkan kesilapan sendiri, boleh menyebabkan laptop motherboard rosak.

    Sekiranya anda memerlukan khidmat untuk memeriksa atau membaiki laptop motherboard rosak, anda boleh hubungi FR Laptop Services. FR Laptop Services merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan untuk membaiki pelbagai jenis masalah laptop.

    FR Laptop Services juga mempunya barisan staff yang terlatih dan bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah laptop motherboard rosak. Jadi anda tak perlu ragu-ragu jika ingin menggunakan perkhidmatan mereka.

    Anda boleh hubungi ataupun terus walk in:

    Alamat:

    508 Jalan Kanan 1

    Kampung Pandan

    55100 Kuala Lumpur

    No tel: 0172882349

    Waze/Google Maps: FR Laptop Services

    Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm