Blog

  • Samsung Galaxy Tab S3 Review

    Samsung Galaxy Tab S3 Review

    Walaupun Apple masih lagi menguasai pasaran tablet, tetapi Samsung sedang keluar dengan produk mereka iaitu Galaxy Tab S3 terbaru mereka.

    Tidak banyak Android tablet yang bersaing dalam pasaran ini. Walaupun pasaran untuk telefon pintar Android sangat hebat dengan tawaran yang berkualiti tinggi, pilihan anda untuk tablet masih lagi terhad.

     

     

    SPESIFIKASI

     Operating System

    Android 7.0

     

    Processor

    CPU Speed

    2.15GHz, 1.6GHz

     

    CPU Type

    Quad-Core

     

    Display

    Size (Main Display)

    9.7″ (245.8mm)

    Resolution (Main Display)

    2048 x 1536 (QXGA)

    Technology (Main Display)

    Super AMOLED

    Color Depth (Main Display)

    16M

    S Pen Support

    Yes

     

    Camera

    Video Recording Resolution

    UHD 4K (3840 x 2160)@30fps

    Rear Camera – Resolution

    CMOS 13.0 MP

    Front Camera – Resolution

    CMOS 5.0 MP

    Main Camera – Flash

    Yes

    Rear Camera – Auto Focus

    Yes

     

    Memory

    RAM Size (GB)

    4 GB

    ROM Size (GB)

    32 GB

    Available Memory* (GB)

    23.1 GB

    External Memory Support

    MicroSD (Up to 256GB)

     

    Sensors

    Accelerometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, RGB Light Sensor

     

    Physical specification

    Dimension (HxWxD, mm)

    237.3 x 169.0 x 6.0

    Weight (g)

    434

     

    Battery

    6,000mAh battery, charged using USB Type-C

     

    Speaker

    Quad speakers, two on the top and two on the bottom

     

    REKA BENTUK LAIN DARI MODEL TERDAHULU DENGAN CIRI-CIRI YANG SANGAT MENARIK

    Secara ringkasnya, Samsung Galaxy Tab S3 adalah tablet yang cantik. Dengan reka bentuknya yang nampak lebih elegen membuat orang tertarik. Antara android terbaik di pasaran.

    Samsung Tab S3 mempunyai sisi kaca dan aluminium yang memberikan ia ciri-ciri premium. Butang volume, power button, dan microSD card slot di sebelah kanan tab tersebut. Manakala USB type C port dan headphone jack di bahagian bawah. Bahagian kiri pula connector untuk optional keyboard.

     

    MENULIS ATAU MELUKIS SEPERTI BIASA DENGAN S PEN

    Samsung Tab S3 juga dilengkapi dengan stylus. Pen tersebut mempunyai mata hujung getah yang nipis dan sangat selesa untuk dipegang. Bermakna mudah untuk anda menggunakan aplikasi seperti draw, illustrate, atau menulis note ia bukan sekadar pen biasa.

     

    DISPLAY DAN CAMERA LEBIH SHARP 

    Tontonan anda kini semakin cerah. Skrin Galaxy Tab S3 menyediakan imej yang cerah dan bewarna-warni dengan keupayaan HDR video playback, jadi pandangan anda pada skrin lebih menarik. Jadi gambar video yang anda lihat lebih cantik resolutionnya.

     

    DISERTAKAN 4 SPEAKER

    Galaxy Tab S3 quad-speaker sistem mengeluarkan bunyi dari setiap sudut, secara automatik mengikut arah mode skrin anda. Jadi anda boleh mendengar bunyi dari sudut mendatar atau menegak.

    Samsung bekerjasama dengan AKG sound engineer untuk memberikan sound yang lebih jelas, dan berkualiti tinggi.

     

    BOLEH ATTACH KEYBOARD

    Ini juga merupakan salah satu feature yang menarik dimana anda boleh menyambungkan keyboard pada Samsung Galaxy Tab S3.  Dengan teknologi papan kekunci yang menawarkan penaipan yang mudah, jadi kurang sedikit typo bila menaip.

     

    BATERI CHARGING LEBIH CEPAT DAN TAHAN LEBIH LAMA

    Samsung Galaxy Tab S3 juga menitik berat tentang bateri dengan teknologi bateri yang digunaka mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan juga charging dengan lebih cepat, supaya anda dapat menggunakan tab untuk masa yang lama tanpa perlu duduk di kawasan yang ada power outlet sahaja.

     

     

    Nampak menarik dengan produk baru Samsung ni? Dengan feature dan reka bentuk yang menarik dan elegen boleh membuat anda tertarik dengan produk ni. Anda rasa produk ini sesuai dengan cita rasa anda sebagai pengguna?

     

     

  • Punca Berlakunya BlueScreen

    Punca Berlakunya BlueScreen

    Pernah atau tidak anda mengalami masalah BlueScreen? Kalau pernah mesti anda rasa stress, macam mana tak stress tengah buat kerja kejap-kejap BlueScreen. Ia datang tanpa beri apa-apa amaran dan berpotensi mengganggu produktiviti anda. Masalah ini sangat dikenali dikalangan pengguna Windows.

    BlueScreen (BSOD) adalah paparan error pada skrin monitor anda yang boleh berlaku kepada kebanyakkan OS Windows dan berpunca dari pelbagai sebab. Berlaku konflik dari perisian(software) atau pun perkakasan(hardware) yang boleh menyebabkan BlueScreen.

    Malangnya, sebab berlaku BlueScreen menjadi misteri sehingga anda sendiri atau technician dapat mengenal pasti dari mana punca ia berlaku dan memperbaiki masalah tersebut.

    IT techinician juga memerlukan masa berjam-jam untuk troubleshot masalah tersebut sekiranya tidak pasti dari mana punca ia berlaku.

     

    JENIS BLUESCREEN (BSOD)

    Terdapat pelbagai jenis BlueScreen(BSOD), dan setiap daripada masalah itu memerlukan jalan penyelesaian yang berbeza-beza. Sama ada ia berpunca dari masalah driver, hardware ataupun operating system error.

    • Driver konflik

    Driver konflik berlaku apabila dua atau lebih driver ia itu software yang digunakan untuk mengawal hardware laptop atau komputer tidak berfungsi dengan baik.

    Ini juga boleh berlaku apabila beberapa driver yang di installs untuk peranti tertentu sebagai contoh wirelss driver dan tanpa anda unistall versi yang lama terlebih dahulu, ada kemungkinan akan menyebabkan driver konflik.

    • Hardware konflik

    Dengan tweak hardware laptop atau komputer juga boleh menyebabkan berlakunya BlueScreen(BSOD). Sebagai contoh, silap melakukan overclocking pada komputer boleh menyebabkan BlueScreen serta merta.

    Walau bagaimanapun, BlueScreen(BSOD) juga boleh berlaku sekiranya RAM anda tidak diletakkan dengan betul ataupun hardware dan motherboard yang bermasalah.

    • Operating System (OS) error

    Senjak dari dulu lagi masalah seperti ini berpunca dari kesilapan user itu sendiri ataupun berpunca dari malware yang mampu merosakkan fail-fail penting dari Operating System anda.

    Kehilangan fail yang penting boleh menyebabkan berlaku error, dan menyebabkan laptop atau pc anda anda sentiasa loop keluar BlueScreen(BSOD) di mana setiap kali anda on laptop atau pc.

     

    Walaupun hanya dengan beberapa sebab ini berlaku Bluescreen, ada sesetengah masalah memerlukan masa yang lama untuk di diagnos, bergantung pada punca yang menyebabkan ia berlaku.

    Dengan informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam diagnos masalah BlueScreen ini.

  • Microsoft Surface Pro 2017 Review

    Microsoft Surface Pro 2017 Review

     

    Sama seperti Apple, Microsoft telah memutuskan bahawa peranti(device) terkini tidak memerlukan nombor untuk menunjukkan versi. Versi kelima Microsoft Surface Pro tablet computer kini digelar Surface Pro sahaja dan tidak seperti versi sebelumnya yang di panggil Surface Pro 4.

     

     

    Apa yang lebih mengelirukan adalah, setiap daripada model keluaran Microsoft Surface Pro mempunyai beberapa pilihan hardware dan harga yang berbeza.

    Terdapat tiga pilihan yang boleh anda dapati, iaitu 7th generation Intel Core M3, Core i5, dan Core i7. Jumlah memori pula 4 GB, 8 GB, dan 16GB, manakala untuk storage 128 GB, 256 GB dan 512 GB. 1 TB storage tersedia untuk model i7. Jadi mana satu model yang sesuai dengan anda?

     

    MICROSOFT SURFACE SPEC

     

    Dimensions

    11.5” x 7.9” x 0.33” (292 mm x 201 mm x 8.5 mm)

     

    Display

    Screen: 12.3” PixelSense™ Display

    Resolution: 2736 x 1824 (267 PPI)

    Aspect Ratio: 3:2

    Touch: 10 point multi-touch

     

    Memory

    4GB, 8GB, or 16GB RAM

     

    Processor

    Intel® Core™ 7th-generation m3, i5, or i7

     

    Security

    TPM chip for enterprise security

    Enterprise-grade protection with Windows Hello face sign-in

     

    Software

    Windows 10 Pro

    Office 30-day trial

     

    Sensors

    Ambient light sensor

    Accelerometer

    Gyroscope

     

    Storage2

    Solid state drive (SSD) options: 128GB, 256GB, 512GB, or 1TB

     

    What’s in the box

    Surface Pro

    Power Supply

    Quick Start Guide

    Safety and warranty documents

     

    Weight**

    m3: 1.69 lbs (768 g)

    i5: 1.70 lbs (770 g)

    i7: 1.73 lbs (784 g)

     

    Model number

    1796

     

    Battery Life

    Up to 13.5 hours of video playback1

     

    Graphics

    Intel® HD Graphics 615 (m3)

    Intel® HD Graphics 620 (i5)

    Intel® Iris™ Plus Graphics 640 (i7)

     

    Connections

    1 x Full-size USB 3.0

    microSDXC card reader

    Surface Connect

    3.5mm Headphone jack

    Mini DisplayPort

    Cover port

     

    Camera, video and audio

    Windows Hello face authentication camera (front-facing)

    5.0MP front-facing camera with 1080p Skype HD video

    8.0MP rear-facing autofocus camera with 1080p Full HD video

    Dual microphones

    1.6W Stereo speakers with Dolby® Audio™ Premium

     

    Wireless

    Wi-Fi: IEEE 802.11 a/b/g/n/ac compatible

    Bluetooth Wireless 4.1 technology

     

    Exterior

    Surface Pen*

    Surface Keyboard*

    Surface Mouse*

     

    Warranty

    1-year limited hardware warranty

     

    Best-in-class support

    30-day return policy

    90 days of free technical phone support

    12 months in-store support and technical assistance

    1 free training session and Surface device health check

     

     

    MENJADI LEBIH EFISIEN DENGAN MICROSOFT SURFACE PRO

    Secara ringkas, ia berfungsi di mana sahaja. Ini disebabkan dengan mobile CPU yang baik, bateri yang efisien, dan juga keupayaan untuk menjalankan aplikasi. Surface Pro boleh dikatakan stesen kerja(workstation) mudah alih.

    Paparan skrin mungkin sedikit kecil, tetapi sudah cukup untuk melaksanakan tugasan anda. Anda juga boleh sambungkan ke monitor menggunakan  HDMI atau menggunakan wireless HDMI.

    Jika anda bekerja luar dari office and anda perlu menggunakan software Microsoft office, edit imej dan sound, menonton video online, edit video, Surface Pro adalah peranti yang patut anda pertimbangkan. Versi yang menggunakan spesifikasi tinggi mampu melakukan semua perkara.

     

    BETUL KE  BOLEH BERFUNGSI DIMANA-MANA YANG DIINGINKAN?

    Ya boleh. Ini kerana Surface Pro sangat ringan dan slim, ia boleh disimpan dalam beg yang kecil. Sama ada anda seorang freelancer atau seorang yang berkerja di hadapan desktop setiap masa, Surface Pro adalah sangat convenient (mudah digunakan).

    Tapi kalau guna dekat dalam air rosak jadinyanya nanti (maksud boleh digunakan mana-mana sahaja tu macam dekat kedai minum ke taman permainan  ke sambil tengok anak sedang bermain dan lain-lain lagi)

     

    Nampak menarik dengan produk terbaru yang dikeluarkan oleh Microsoft. Jadi adakah Microsoft Surface Pro 2017 ini sesuai atau  memenuhi cita rasa anda sebagai pengguna?

     

  • Software Audio Digital Untuk  Mac

    Software Audio Digital Untuk Mac

    Apple desktop merupakan perpustaan untuk kebanyakkan perisian kreatif seperti image editor, vector graphic suites, RAW photo processors, audio manipulation software, video editor. Dan sangat sesuai untuk dijadikan stesen kerja audio digital untuk membuat muzik.

     

    • NANOSTUDIO

    Nanosudio adalah aplikasi iOS percuma yang popular dibangunkan oleh Blip Interactive.  Menggunakan pendekatan MIDI dan sample-based approch bermakna ia tidak sesuai untuk merekod guitar dan vokal anda.

    Anda boleh memuatkan sample menggunakan sampler yang disertakan dan memadamkannya sekiranya tidak perlu. Tetapi anda perlu rekod ia luar dari nanostudio. Anda juga boleh download sample tersebut dari laman web Nanostudio.

     

    • GARAGEBAND

    Antara software percuma terbaik untuk music production. Ia mempunyai interface yang mesra pengguna, kaya dengan bunyi yang sedia ada di dalam library, dan mempunyai pelbagai jenis instrumen dan juga effect.

     

     

    Merupakan aplikasi yang hebat untuk recording, arranging, dan composing music. Instrumen yang disertakan juga tidak kurang hebatnya, dan sample tersebut boleh didapati secara percuma dengan Apple Loops.

    Anda mungkin memerlukan sedikit masu untuk membiasakan diri dengan software ini. Termasuk dengan MIDI seperti vitual drummer , dan audio effect seperti amplifier gitar.

     

    • LMMS

    Merupakan software open source yang pada mulanya direka untuk Linux, disertakan dengan virtual instrumen, pelbagai sample, dan juga sokongan plugin

     

     

    LMMS atau dikenali sebagai Linux MultiMedia Studio. Sekarang boleh didapati di Windows dan MacOS.

    LMMS tidak seperti GarageBand yang recording-friendly, sebaliknya hebat dalam membuat melodi dan juga beats menggunakan piano roll dan step sequencer. Anda boleh import recorded sample, dan juga mempunyai pelbagai instrument virtual yang menarik.

     

    • TRACKTION T5

    Merupakan software audio digital yang mempunyai feature editing dan recording yang lengkap.

     

     

    Tracktion 5 juga menggunakan MIDI dan juga trek audio, lengkap dengan set recording dan editing feature, mempunyai keupayaan untuk mix dan share projek anda.

    Anda juga boleh upgrade software ini ke berbayar yang mempunyai pelbagai lagi feature yang menarik yang tidak ada pada versi percuma.

     

    • AUDACITY

    Audacity merupakan software audio digital yang boleh pertimbangkan sekiranya anda mahu membuat muzik. Percuma dengan audio editor dan manipulator, interface mungkin nampak tidak menarik tetapi ia mempunyai tools secukupnya untuk menyunting dan mengubah audio.

     

     

    Aplikasi ini mempunyai pelbagai effect seperti equalizers, reverb, echo, distortion, chorus, dan banyak lagi. Ia juga disertakan dengan sokongan multitrack untuk mengendalikan banyak wave file sekali gus.

    Anda boleh mencuba dahulu software berikut dan yang mana menjadi pilihan anda?

  • 4 Software Maintainance Percuma Yang Harus Anda Tahu

    4 Software Maintainance Percuma Yang Harus Anda Tahu

    Sekiranya anda menjaga komputer atau laptop anda dengan betul, ia akan sentiasa pantas dan responsif selama bertahun-tahun. Tetapi jika anda mengabaikan penjagaannya, ia akan menjadi teruk sehingga memyebabkan anda stress.

     

    Jadi dari mana patut anda bermula? Dengan empat aplikasi di bawah. Software ini sangat berkesan dengan apa yang ia lakukan, dan tidak memerlukan apa-apa kos untuk software tersebut. Jadi apa tunggu lagi, anda perlu segera untuk install aplikasi tersebut.

     

    • CCLEANER (FILE CLEANING & OPTIMIZATION)

    Semasa anda menggunakan komputer atau laptop, terdapat beberapa fail tertentu yang anda mahu padamkan tidak kira masa. Ini termasuk browser caches, temporary installer files, system log files dan sebagainya.

     

     

    CCleaner  mempunyai dua bahagian untuk bersihkan fail. Satu untuk Windows dan lagi satu untuk aplikasi third party. Semak kedua-dua bahagian tersebut dan check atau uncheck file yang mahu anda clean atau tidak dan klik Run Cleaner.

    CCleaner juga mempunyai ciri untuk registry cleaner, ia boleh memberikan kesan dan positif dan juga negatif jadi elakkan dari klik registry cleaner sekiranya anda tidak pasti.

     

    • MALWAREBYTES (MALWARE SCANNING & REMOVAL)

    Malware sentiasa menjadi masalah besar bagi pengguna komputer dan laptop. Ia boleh menyebabkan kan operating system anda menjadi lembab. Dan yang paling teruk adalah komputer atau laptop anda dikawal oleh hackers, data anda akan di kunci dan dijadikan tebusan, atau maklumat anda di curi.

     

     

    Malwarebytes adalah aplikasi anti–malware yang terbaik yang boleh anda dapati secara percuma. Database infection dikemas kini setiap hari supaya ia berjaya mengesan dan membuang virus terbaru, worm, spyware dan banyak lagi.

    Versi percuma software ini sudah memadai anda hanya menggunakan imbasan secara manual.

     

    • GEEK UNINSTALLER (COMPLETE APPS INSTALLATION)

    Tahukah anda bahawa unistalling aplikasi dari windows biasanya akan meninggalkan jejak atau kesan aplikasi tersebut yang masih ada dalam sistem anda? Ia boleh menyebabkan pembaziran space hard drive dan boleh juga mempengaruhi prestasi sistem anda.

     

     

    Geek Unistaller mudah untuk digunakan. Bila anda mahu uninstall aplikasi, ia akan mengimbas sistem anda untuk mencari sebaran fail yang berkaitan dengan aplikasi tersebut dan buang dari sistem anda.

     

    • SPECCY (IN DEPT SYSTEM INFORMATION)

    Adakah anda tahu spesifikasi yang tepat untuk CPU, GPU, RAM, storage, motherboard dan lain-lain komponen dalam komputer atau laptop anda. Jika ia kemungkinan untuk anda ingat sebulan dari sekarang? atau setahun? Tetapi ada segelintir dari anda akan ingat walaupun dah lama.

     

     

    Software Speecy memberitahu anda semua yang penting yang perlu anda ketahui tentang komputer atau laptop anda dengan pantas. Dengan imbasan yang mendalam, maklumat seperti CPU, RAM, GPU akan terpapar. Aplikasi ini amat berguna untuk anda memantau komputer atau laptop anda.

     

     

    Berapa aplikasi di atas yang anda gunakan?  Ada banyak lagi aplikasi percuma seperti ini di luar sana. Apa tunggu lagi install aplikasi ini mudahan dapat membantu anda dalam memantau komputer dan laptop anda.

  • Free Aplikasi Flowcharts Terbaik Untuk Windows

    Free Aplikasi Flowcharts Terbaik Untuk Windows

    Flowchart bukan sahaja untuk engineer, programmers, dan managers. Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada belajar menggunakan flowcharts Terutamanya sebagai cara untuk menyelaraskas kerja.

     

    Apa itu flowcharts?

    Flowchart adalah sejenis diagram yang mewakili algoritma, workflow atau proses. Diagram tersebut mengambarkan model penyelesaian kepada masalah tertentu. Flowchart digunakan untuk menganalisis, design,  documenting atau menguruskan proses dan program dalam perlbagai bidang.

     

    Apakah cara yang terbaik untuk membuat flowcharts?

    Terdapat banyak aplikasi flowcharts yang terbaik diluar sana, tetapi kebanyakkannya adalah aplikasi berbayar seperti Microsoft Visio, Office 365 dan sebagainya.

    Ada banyak pilihan percuma yang boleh anda dapati diluar sana, terutamanya untuk kegunaan non-business. Anda boleh belajar untuk membuat flowcharts yang menakjubkan di Microsost Word atau Office ataupun menggunakan salah satu aplikasi percuma ini untuk Windows.

     

    DIA

    Dia adalah aplikasi percuma lengkap dengan feature untuk membuat flowcharts. Ia merupakan open source, dan sangat mudah untuk digunakan.

    Sekiranya anda mencari alternatif percuma yang terbaik untuk Microsoft Visio, Dia adalah salah satu daripadanya.

    • interface yang user friendly
    • Pelbagai bentuk diagram
    • Boleh add custom shape
    • Diagram bewarna

     

    YED GRAPH EDITOR

    Mempunyai tool yang menarik dan up-to-date untuk flowcharts, diagram, network graphs dan banyak lagi. Anda boleh download aplikasi ini tetapi ia memerlukan Java di dilam sistem anda dan sangat versatile.

    • Auto arrange flowcharts
    • Export option, untuk format PNG, JPG, SVG, dan PDF

     

    LIBREOFFICE DRAW

    LibreOffice boleh dikatakan alternatif terbaik untuk Microsoft Office untuk word, spreadsheets, presentations dan visual diagram. Dengan LibreOffice Draw, anda boleh add shapes, symbols, line, connection, text, images, dan banyak lagi.

    • Boleh buka file format Microsoft Visio (tetapi tidak boleh save dalam format Microsoft Visio)
    • Boleh custom saiz page, sesuai untuk semua jenis diagram
    • Mudah untuk digunakan (user friendly)

     

    DIAGRAM DESIGNER

    Diagram Designer agak primitif, dan interface nampak kurang kemas jika nak dibandingkan dengan software Microsoft. Sesuai untuk windows 10, mampu membuat flowchart yang nampak kemas.

    • Mudah untuk digunakan (user friendly)
    • Hanya perlu drag diagram ke dalam
    • Boleh import dan export format PNG, JPG, GIF, dan banyak lagi

     

    THINKCOMPOSER

    ThinkComposer adalah aplikasi yang sesuai untuk mereka yang professional. Sebagai tambahan selain dari flowcharts, ia boleh mengendalikan business models, class diagram, timelines, case diagram dan banyak lagi.

    Ia merupakan pilihan yang bijak untuk mereka yang setiap hari membuat kerja menggunakan flowcharts.

    • Open source dan mempunyai plugin
    • Boleh menggabungkan pelbagai graf dan diagram
    • Mudah digunakan (user friendly)
    • visual diagram yang lebih kemas dan professional

     

    Jenis flowcharts atau diagram macam mana yang selalu anda buat? Antara aplikasi di atas yang mana sesuai dengan anda?

  • 7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Laptop Untuk Kegunaan Anda Di Universiti Dan Kolej

    7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Laptop Untuk Kegunaan Anda Di Universiti Dan Kolej

    Selari dengan perkembangan zaman, teknologi masa kini kian berkembang dengan maju tidak seperti zaman baby boomer dan gen x.

    Zaman sekarang bila anda bergelar mahasiswa, laptop merupakan keperluan utama untuk anda melakukan atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah anda.

     

    KURSUS YANG DI AMBIL

    Bila sebut berkenaan PC atau laptop setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Bergantung pada program diploma atau ijazah yang di ambil, anda yang hanya menggunakan program asas seperti word processing, web browsing dan e-mail.

    Lain pula bagi mereka yang ambil krusus grafik yang menggunakan software seperti 3D modeling, CAD drawing, video editing, anda perlu memastikan laptop anda mempunyai prosessor yang tinggi. Contohnya Intel i3, i5 atau i7 dan mempunyai kad grafik.

     

    MODEL LAPTOP

    Di luar sana ada pelbagai jenis model laptop seperti Acer, Asus, HP, Dell, Toshiba, Sony, Lenovo, Fujitsu, MSI dan lain-lain lagi. Laptop yang paling ramai orang guna kat Malaysia, jenama Acer, Asus, HP, dan Dell.

    Jadi kalau nak memilih laptop yang sesuai, anda kene rajin-rajin sedikit buat research dekat internet baca blog atau review berkenaan laptop tersebut. Kalau anda menetap berhampiran dengan Kuala Lumpur, cuba survey kat kedai-kedai komputer di loywat plaza ada macam-macam jenis model laptop dekat sana.

     

    CHECK HARGA LAPTOP

    Sebelum anda buat keputusan nak beli laptop periksa dahulu harga laptop yang anda nak beli di online dan di kedai laptop takut nanti diperdayakan. Biasa Laptop baru beli ada yang Free Dos murah sedikit, tapi kalau nak yang ada windows original key mahal sedikit.

     

    SAIZ LAPTOP

    Ukuran skrin bergantung pada saiz laptop, ia juga sangat penting dan juga mempengaruhi berat laptop anda. Kalau saiz laptop tu kecil ia lebih ringan dan skrin juga lebih kecil jadi pilih saiz mana yang sesuai dengan cita rasa dan keselesaan anda.

     

    PERLUKAH ANDA MENGGUNAKAN TOUCHSCREEN?

    Kali ini berkenaan touchscreen. Disebabkan perkembangan teknologi yang semakin maju banyak pengeluar laptop mengeluarkan model laptop mereka yang mempunyai touchscreen. Feature ini nampak eksklusif tapi perlukah anda menggunakannya dalam melakukan tugasan anda?

    Kalau tidak dinasihatkan jangan beli yang ada touchscreen sekiranya tiada sebab untuk digunakan.

     

    CHECK SPESIFIKASI LAPTOP
    • PROSESSOR

    Terdapat dua jenis prosessor yang selalu digunakan di kebanyakkan laptop seperti Intel dan juga AMD. Setiap dari prosessor tersebut mempunyai generasi yang berlainan sebagai contoh i3, i5 dan i7 dan sebagainya sama juga seperti AMD. Kelebihan AMD adalah sangat sesuai untuk pengemar GAME.

    • RAM

    RAM atau nama lain Random Access Memory, berfungsi untuk menyimpan memori sementara dan juga membantu anda dalam melakukan tugas multi-tasking. Sekiranya anda melakukan kerja-kerja biasa seperti menaip dokumen, surfing internet, power point, word , 2GB RAM sudah memadai.

    Kalau anda melakukan kerja-kerja seperti photo dan video editing minimum RAM yang sesuai dengan work load yang anda lakukan adalah 4GB.

    • Grafik

    Pastikan laptop yang  anda nak beli mempunyai grafik seperti nvdia atau amd sekiranya anda melakukan kerja yang menggunakan grafik seperti photo, video editing, 3D animasi, untuk gaming dan sebagainya.

    Kalau buat kerja-kerja office seperti menaip word, power point surfing internet, tengok movie tiada grafik seperti nvidia atau amd pun taka pa.

    WARRANTY

    Warranty ni sangat penting pastikan anda tanya dahulu kepada penjual kedai, laptop yang ingin anda beli ada berapa lama warranty. Ye lah senang nanti nak claim warranty kalau ada masalah sekiranya ada anda boleh pergi balik ke kedai tersebut.

     

     

  • KASPERSKY MELANCARKAN ANTIVIRUS PERCUMA UNTUK PC & LAPTOP ANDA

    KASPERSKY MELANCARKAN ANTIVIRUS PERCUMA UNTUK PC & LAPTOP ANDA

    Kaspersky menawarkan antivirus versi percuma, Kaspersky Free yang mampu memberikan perlindungan paling asas secara percuma bagi mereka yang ingin menggunakannya.

    Sesetengah daripada kalangan anda mungkin perasan akan kemerosotan dalam isu keselamatan yang di alami pada tahun-tahun kebelakangan ini.

    Terutamanya kerana penggodam (hackers) dan penjenayah siber telah bertukar kepada method yang lebih maju, untuk mendapatkan wang daripada pengguna komputer dan internet seperti yang ditunjukkan oleh Ransomware baru-baru ini.

     

    Kaspersky Free kini boleh didapati melalui laman webnya. Ia memberi perlindungan terhadap fail, e-mail dan website. Ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan update terbaru daripada Kaspersky yang menambahkan definition ataupun jenis virus baru dan juga algortithm untuk melawannya. Seperti antivirus lain, ia mempunyai ciri-ciri seperti self defense, quarantine dan banyak lagi.

    Selain itu, Kaspersky juga menawarkan 2 jenis antivirus Premium iaitu Kaspersky Internet Security untuk perlindungan daripada serangan daripada Internet dan juga Kaspersky Total Security untuk perlindungan sepenuhnya. Kedua-dua ini juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti parental control, online payment protection dan juga VPN.

    Eugene Kaspersky, pemilik Kaspersky menganggap Kaspersky Free adalah sebuah keperluan asas yang setiap manusia di muka bumi perlu miliki.

     

    Didalam ujian, Kaspersky Free ini berfungsi dengan cukup baik berbanding antivirus percuma daripada company lain. Ia hanya mengambil masa yang sekejap untuk melakukan quick scan pada komputer berbanding antivirus lain.

     

    Kaspersky Free sedang dilancarkan di seluruh dunia secara berperingkat, bermula dengan America, Canada, dan beberapa negara di Asia Pasifik. Sekiranya ia sudah tersedia di sini anda boleh download terus dari laman web kaspersky. Apa yang anda perlukan adalah sistem windows dari windows XP ke Windows 10.

    Download Kaspersky Free Sekarang!

     

  • APLIKASI WINDOWS UNTUK MENERAJUI BAHAGIAN KREATIF ANDA

    APLIKASI WINDOWS UNTUK MENERAJUI BAHAGIAN KREATIF ANDA

    Kreativiti datang dalam semua bentuk dari kata-kata ke muzik dan gambar. Jika anda baru bula menerokai bahagian kreativiti anda dan mahu mula bereksperimen dengan pelbagai aplikasi, jadi saya ada sesuatu yang boleh anda gunakan.

    Untuk pelukis, jurugambar, pembuat muzik, dan banyak lagi, anda boleh membiarkan imaginasi anda berjalan bebas dan aplikasi ini.

     

    FRESH PAINT

    Bagi yang baru bermula atau pelukis berpengalaman, Fresh Paint dari Microsoft adalah aplikasi yang sangat baik untuk membuat lakaran, melukis dan mewarna. Anda bermula dengan memilih untuk melukis dengan pensil.

    Kemudian, import imej, snap gambar dari kamera, atau gunakan salah satu imej yang ada dalam aplikasi tersebut.

    Pilih kanvas atau kertas, berikan ia warna jika anda suka, dan kemudian buka tool untuk membuat karya anda. Anda boleh pilin pensil, pen atau berus dari beberapa pilihan.

    Simpan ciptaan anda dalam format JPG atau PNG atau kongsi dengan orang lain terus dari aplikasinya. Fresh Paint mudah digunakan, menjadikannya aplikasi yang indah untuk pelukis dari semua peringkat umur.

     

    PENCIL SKETCH MASTER

    Sekiranya anda lebih suka membuat sesuatu yang lebih kasual dan ringkas, cuba Master Pencil Sketch. Anda boleh memilih beberapa kanvas yang mempunyai tektur yang lebih realistik.

    Pelbagai feature yang disediakan salah satu seperti menggunakan pen atau highlighter, anda boleh masukan text , tambah pelekat (sticker), menggunakan (shadow) dan menyesuaikan kontras, pencerahan, dan lain- lain.

    Anda boleh menyimpan ciptaan anda apabila selesai, dalam format bitmap.

     

    GRAVIT DESIGNER

    Untuk meneroka pereka grafik dalam diri anda, Gravit Design adalah aplikasi reka bentuk vektor yang lengkap. Anda boleh mebuat segala-galanya dari kad niaga, cover blog ke item bersaiz (mobile). Anda juga boleh membuat imej khusus untuk Facebook, Twitter dan lain-lain rangkaian sosial. Sudah tente anda boleh menyesuaikan saiz kanvas anda sendiri

    Gravit Design mempunyai pelbagai (tool) termasuk simbol, grid, anchors, pilihan text dan web front. Disamping itu, anda boleh menggunakan layer, laluan graf, mengisi borders, dan pelbagai effect.

    Aplikasi ini mudah dan membolehkan anda menyimpan imej dalam ofrmat sperti SVG, JPEG, PNG, atau PDF.

     

    PHOTOTASTIC COLLAGE

    Sebaik sahaja anda memilih foto anda, keseronokan sebenar bermula. Anda boleh menambah latar belakang berwarna, bingkai, atau (shadow effect) serta menyesuaikan jarak foto dan margin kolaj.

    Pilih dari pelbagai  pilihan aspek dari potret atau landskap ke saiz instagram atau Twitter. Anda juga boleh menambah teks atau pelekat.

    Anda boleh membuat kolaj dengan sehingga empat foto kolag secara percuma. Walau bagaimanapun, jika anda suka dengan aplikasi ini dan ingin kolaj yg lebih besar lima ataiu lebih gambar, anda boleh membeli pek premium.

     

    SOUNDTRAP

    Mungkin muzik adalah saluran kreatif anda. Jika ya, Soundtrap adalah aplikasi yang menyeronokkan dan penuh dengan feature untuk membuat muzik. Anda boleh memulakan dengan demo terbina dalamatau mula dari awal dengan slate kosong. Browse loop, import file, or select instrument untuk di mainkan.

    Anda boleh menyesuaikan setiap instrumen dan bunyi secara berasingan untuk trek dengan pilihan untuk rakaman, mute, solo, dan volume. Tukar tempo, key, dan hidupkan metronom dengan mudah dengan menu. Anda boleh memuat turun mix anda sebagai MP3 atau mendapatkan bantuan daripada rakan dengan ciri kolaborasi.

  • SOFTWARE MEMBOLEHKAN ANDA MELIHAT SUHU DAN HEALTH HARDISK, SSD, CPU, GPU

    SOFTWARE MEMBOLEHKAN ANDA MELIHAT SUHU DAN HEALTH HARDISK, SSD, CPU, GPU

    Haba yang melampau pada komputer, terutamanya laptop boleh menyebabkan malapetaka. Ada yang berlaku disebabkan pembentukan habuk yang mengakibatkan peredaran udara menjadi perlahan dan lemah, tanpa peredaran udara yang baik menyebabkan ia akan laptop cepat panas.

    Sekiranya masalah ini diabaikan secara tidak langsung akan menyebabkan kerosakan pada laptop anda.

    Haba yang melampau boleh menjejaskan prestasi komputer, ini kerasa komponen di dalam adalah sensitif dengan keadaan yang panas. Jangan risau ada software yang membolehkan anda memeriksa suhu laptop anda dengan percuma.

     

    CRYSTALDISK INFO

    Jika ada prihatin terhadap suhu hard drive anda, cuba gunakan crystaldisk info. Ini adalah salah satu utiliti khusus untuk memeriksa health HDD dan SSD dan sangat berguna

    • Monitor suhu HDD & SSD
    • Memaparkan status health untuk hard drive anda
    • Sesuai untuk 32-bit dan 64-bit
    HWINFO

    Adalah alat diagnostik yang ringan untuk hardware dan memantau sistem secara real-time. Ia sangat mudah digunakan.

    • Real-time information
    • Memaparkan laporan untuk cpu, ram, hdd, ssd, bateri dan banyak lagi
    • Sesuai untuk 32-bit dan 64-bit

     

    OPEN HARDWARE MONITOR

    Open hardware monitor adalah serupa seperti Hwinfo, kecuali ia adalah open source.

    Ia mempunyai dua kelemahan iaitu update versi baru lambat ( kemungkinan dalam setahun itu hanya akan ada beberapa update sahaja) jadi ada kemungkinan ia tidak dapat membaca sensor pada sistem yang lebih baru. Untuk sistem yang lama, ia berfungsi dengan baik.

    • Membaca kebanyakan sensor dengan voltan, suhu dan fan
    • Simpan data sensor ke log untuk troubleshooting

     

    SPECCY

    Speecy memberi anda maklumat terperinci megenai setiap hardware dalam komputer & laptop anda. Memaparkan statistik seperti cpu, motherboard, RAM, dan grafik kad dan banyak lagi.

    • Real-time information
    • Memaparkan laporan untuk cpu, motherboard, RAM, dan grafik kad dan banyak lagi
    • Sesuai untuk 32-bit & 64-bit

     

    HARD DISK SENTINEL

    Sotware Hard disk sentinel memberi maklumat berkenaan hard drive anda seperti Hdd, dan Ssd. Software khusus untuk periksa health hdd dan ssd.

     

    • Monitor suhu HDD & SSD
    • Memaparkan status health untuk hard drive anda
    • Sesuai untuk 32-bit dan 64-bit

     

    TIPS UNTUK MENGURANGKAN SUHU LAPTOP

    Pastikan anda memeriksa suhu semasa komputer atau laptop anda (tanpa membuka apa-apa aplikasi yang running) dan semasa menggunaka software yang overload (seperti software yang high perofrmance yang running)

    Suhu tertinggi biasanya semasa komputer atau laptop overload dengan running software. Dari situ anda dapat melihat berapa suhu tertinggi.

    Anda juga boleh melihat tips bagaimana untuk mengelakkan laptop anda dari overheating di artikel yang sebelumnya di www.frlaptopservice.com