Blog

  • APA YANG AKAN TERJADI JIKA KITA DELETE SYSTEM32???

    APA YANG AKAN TERJADI JIKA KITA DELETE SYSTEM32???

    Pernah tak anda lihat posting atau gambar yang mengatakan kalau anda delete System32, komputer anda akan menjadi lebih laju. Sebelum nak delete tu, jom kenali apa System32 ni.

     

    Apa System32 ni?

    System32 adalah sebuah file Windows yang diperlukan oleh Windows kita untuk beroperasi. Ia terletak pada C:\Windows\System32. File yang terdapat pada System32 adalah Dynamic Link Library (DLL) dan juga Executable (EXE).

     

    Jadi, boleh ke kita nak delete System32 ni?

    Tak boleh. File yang diperlukan Windows kita terdapat pada System32 ini, kalau kita delete, ada kemungkinan banyak file Windows kita akan hilang dan berkemungkinan besar Windows kita langsung tak boleh nak akses.

     

    Saya pakai Windows 64 Bit, ada jugak ke System32 ni?

    Ya. Oleh kerana Windows ingin menyokong 32 bit dan 64 bit.

     

    Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

  • LAPTOP YANG MURAH AKAN MEMBAZIRKAN WANG DAN JUGA MASA ANDA

    LAPTOP YANG MURAH AKAN MEMBAZIRKAN WANG DAN JUGA MASA ANDA

    Ya, untuk kekalkan bajet yang rendah kita perlu beli laptop yang harganya dibawah bajet kita. Tapi, berbaloi ke? Sebenarnya tak, dengan laptop, kita akan habiskan masa yang cukup banyak, untuk buat kerja, mungkin sedikit gaming dan juga entertainment.

    Dan adakah laptop yang murah ini mampu memberikan segala feature yang kita perlukan? Jika anda mampu bertahan, anda boleh simpan lagi sikit, dan dapatkan laptop yang hadir dengan spec yang lebih baik.

    Kenapa anda tak perlukan laptop yang murah?

    👉 Spesifikasi laptop yang rendah
    👉 Screen yang berkualiti rendah
    👉 Touchpad dan juga keyboard yang kurang selesa
    👉 Rekaan plastik sepenuhnya

    Kenapa saya perlu spend lebih untuk laptop?

    👉 Dapatkan laptop dengan spesifikasi yang lebih laju
    👉 Rekaan yang lebih kukuh untuk ketahanan yang lebih lama
    👉 Keyboard dan touchpad yang cukup bagus

    Kita juga akan menggunakan laptop ini untuk masa yang lama dan tak salah untuk kita spend lebih sikit, daripada laptop yang mudah pecah dan ada masalah selepas beberapa bulan beli.

  • ADAKAH KEYBOARD MEKANIKAL LAGI BAGUS??

    ADAKAH KEYBOARD MEKANIKAL LAGI BAGUS??

    Keyboard adalah salah satu peripherals komputer yang kita gunakan untuk taip dan main game ketika menggunakan komputer.

    Dua jenis keyboard yang popular adalah membrane yang biasanya lebih murah dan juga mekanikal yang dikategorikan sebagai mahal.

     

    Membrane keyboard menggunakan lapisan getah dibawah butang keyboard, dan ia memberikan rasa yang lembut. Jangka hayat membrane keyboard kebiasaanya lebih rendah*.

    *Bergantung atas penggunaan

     

    Mekanikal keyboard pula menggunakan sesuatu yang dipanggil sebagai switch untuk menentukan bahawa butang ditekan. Dan switch ini pula hadir dalam banyak jenis, ada yang bunyi bising ada yang senyap. Jangka hayat mekanikal keyboard jauh lebih tinggi berbanding membrane. Ia juga mampu menahan hentakan. (Biasalah main game kan, tak spam, tak sah. hehe)

    Sesetengah switch tak memerlukan pengguna untuk menekan butang sehingga habis untuk register ke dalam komputer, dan ini mampu meningkatkan performance ketika bermain game. Typing pun boleh jadi laju.

  • CARA PENJAGAAN BATERI YANG MUDAH!

    CARA PENJAGAAN BATERI YANG MUDAH!

    Kita seperti berada di dalam hubungan cinta/benci dengan bateri laptop kita, ia memberikan portability, tapi ia juga mengikat kita dengan jumlah bateri yang kecil dan juga prestasinya menurun semakin lama digunakan.

     

    Kurangkan Charge Cycle.

    Setiap bateri akan ada limit charge cycle. Charge cycle adalah keadaan kita charge bateri kita yang cecah 0%, dan kita charge sehingga 100%. Setiap kali ia menyempurnakan satu cycle, kapasiti bateri kita akan berkurangan.

    Jadi untuk elakkan Full Cycle, charge bila bateri kita mula cecah 7-10% ataupun bila laptop kita mula notify bahawa bateri kita dah low, dan kita perlu menggunakan charger. Jangan biarkan 0% untuk elakkan kapasiti bateri berkurangan.

     

    Jangan biarkan bateri berada di tempat yang panas.

    Suhu yang tinggi juga boleh memberi kesan yang negatif kepada bateri kita. Meskipun bateri kita boleh dikatakan tahan lasak, tapi ia agak lemah untuk menahan atau melawan haba. Bila laptop terlalu panas, matikan dan kemudian tanggalkan bateri. Kerana haba boleh “membunuh” bateri kita.

     

    Bersihkan laptop anda sekali sekala.

    Tanggalkan bateri anda, dan lap menggunakan kain untuk buang semua habuk dan juga debu untuk memastikan ruang bateri anda bersih daripada sebarang kotoran.

     

    Jangan biarkan bateri anda tak digunakan

    Jika anda lebih menggunakan charger sahaja, pastikan bateri anda juga dicaj sehingga 50% sekurang-kurangnya. Agar bateri anda kekal hidup dan masih boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Jika anda akan tinggalkan bateri lebih dari 3 bulan, charge sehingga 80% kemudian tanggalkan bateri.

  • PROGRAM-PROGRAM INI BUAT KOMPUTER ANDA JADI SLOW!

    PROGRAM-PROGRAM INI BUAT KOMPUTER ANDA JADI SLOW!

    Bila kita dah biasa boot Windows laju, tetiba dia jadi perlahan sejak dua menjak ni, terasa jugak kan? Biasanya, yang slow ni disebabkan software-software yang suka makan process pada komputer kita.

     

    1. Aplikasi Chat

    Aplikasi Chat seperti SKype dan juga Discord akan serta-merta inform pada rakan-rakan kita bahawa kita dah online, dan bersedia untuk chat atau main game bersama. Masalahnya, program-program ini memberi kesan kerana ia boleh dikatakan agak berat.

    Boleh disable dahulu dan kemudian buka bila anda dah bersedia untuk menggunakannya.

     

    2. Anti-virus yang banyak

    Kalau anda ada antivirus yang banyak pada komputer anda, anda boleh menyimpan salah-satu antivirus yang anda rasa paling sesuai untuk penggunaan anda.

     

    3. Cloud storage

    Aplikasi Cloud kebiasaannya akan memakan resource dan juga internet anda, kerana ia akan sync dengan fail anda yang berada di internet, supaya anda boleh mendapatkan akses serta merta.

    Jika anda bukan seorang yang ingin menggunakan cloud anda serta merta, disable dahulu, dan kemudian buka bila diperlukan.

  • APA BEZANYA ANTARA EDISI WINDOWS 7 NI?

    APA BEZANYA ANTARA EDISI WINDOWS 7 NI?

    Kita dah biasa dengar pasal Windows Starter, Home Basic, Home Premium, Professional, Enterprise dan Ultimate. Tapi, setiap edisi WIndows ini mempunyai tujuan dan penggunaan yang cukup berlainan.

     

    Apa yang menjadikan edisi Windows ni lain-lain? Jom FR nak kongsikan


    Windows 7 Starter

    Merupakan Windows 7 versi paling asas, ia hanya boleh menggunakan Windows 32-bit dan ia untuk memenuhi apa yang diperlukan oleh pengguna secara asas. Tidak didatangkan dengan Aero.

     

    Windows 7 Home Basic

    Ia berada ditengah-tengah diantara Starter dan juga Home Premium. Ia mempunyai kesemua fungsi Starter tetapi ia boleh menggunakan versi 64-bit. Juga tidak didatangkan dengan Aero.

     

    Windows 7 Home Premium

    Home Premium mempunyai kesemua fungsi yang ada pada Starter dan juga Home Basic. tetapi ia didatangkan dengan Aero Glass GUI yang menjadikan interface Windows lebih kemas dan menarik.

     

    Windows 7 Professional

    Seperti Home Premium, ia mempunyai semua kelebihan yang ada tetapi dengan penambahan perlindungan data dan juga rangkaian untuk bisnes kecil dan untuk mereka yang bekerja dirumah.

     

    Windows 7 Enterprise

    Dikhususkan untuk pengguna bisnes yang besar, Windows 7 Enterprise hanya boleh dibeli secara pukal, dan ia mempunyai semua kelebihan yang ada Windows 7 Professional tetapi dengan lebih perlindungan dan juga rangkaian.

     

    Windows 7 Ultimate

    Ia mempunyai kesemua kelebihan yang ada pada semua edisi sebelumnya. Ia seperti Windows 7 Enterprise untuk pengguna biasa.

     

    Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

     

  • PATUT KE SAYA DOWNLOAD DRIVER DARIPADA NVIDIA?

    PATUT KE SAYA DOWNLOAD DRIVER DARIPADA NVIDIA?

    Kebiasaannya gamer yang ada laptop yang menggunakan graphic chipset Nvidia akan download GeForce Experience dan aplikasi ini akan memperkenalkan update kepada version yang paling terkini yang sepatutnya meningkatkan performance graphic anda.

     

    Kenapa?

    Sudah semestinya sebab nak dapatkan performance yang lebih baik.

    Tapi tahukah anda, bahawa driver yang disediakan oleh manufacturer laptop yang terbaik untuk laptop? Kerana ia telah diubahsuai dan dioptimasikan untuk laptop hasil keluaran mereka.

     

    Dan sebenarnya tiada masalah pun untuk cuba update melalui laman web rasmi Nvidia, ataupun menggunakan GeForce Experience. Cuma untuk performance yang lebih baik kekalkan sahaja dengan driver asal.

     

    Untuk Desktop pula, memang digalakkan untuk sentiasa update driver daripada Nvidia. Oleh kerana setiap kali ada update, akan ada improvement yang lebih baik dan boleh meningkatkan performance game kita. Jadi, updatelah. Hehe.

     

    Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

    Baca dulu artikel ini mudahan dapat membantu anda.

  • Laptop Anda Hang, Crash, Lembap? Performance Laptop Slow?

    Laptop Anda Hang, Crash, Lembap? Performance Laptop Slow?

    Windows atau operating system (OS) merupakan ‘jantung’ laptop. Kalau laptop canggih, spesifikasi tinggi tapi tak ada Windows, macam mana nak guna laptop tu. Betul tak?

     

    Semua orang yang ada laptop termasuk saya, ada 1 perkara paling utama, paling penting yang kita semua nak sangat bila guna laptop. Apa benda yang penting sangat tu?

    Laptop mesti LAJU!

     

    Tapi masa anda nak guna laptop untuk buat kerja, masa itu lah masalah nak datang. Perkara yang buatkan semua orang bengang adalah laptop slow, nak masuk desktop pun lembap, nak buka software atau program ambil masa yang lama, tak macam masa mula-mula beli dulu.

     

    Ada sebab kenapa laptop boleh jadi slow. Mungkin laptop anda jadi slow disebabkan masalah-masalah kat bawah ni. Nak tahu? Teruskan baca sampai habis.

     

    Punca-Punca Laptop Jadi Slow Gila

    1. Hard Disk bermasalah/rosak

    Hard disk laptop bermasalah adalah salah satu punca laptop slow. Sebab apa?

     

    Hard disk tempat kita simpan semua data, fail, gambar, video, semua hasil kerja termasuk Windows yang kita install. Hard disk (HDD) ni kat dalam dia ada komponen macam CD. Kalau permukaan CD ini calar, ada sesetengah data tak boleh nak akses (buka).

     

    Kalau hard disk​ ada bad sector atau ‘bercalar’, ada kemungkinan data tak boleh nak akses atau hilang. Kalau fail Windows tak boleh atau susah nak akses sebab ada bad sector, laptop boleh jadi slow.

     

    Macam mana hard disk boleh bermasalah?

    Ada 2 sebab hard disk boleh rosak atau bermasalah, disebabkan oleh:

    a. Hard disk kerap berhenti mengejut.

    Apabila laptop anda tengah hang atau freeze, nak tekan apa-apa pun tak boleh. Anda pun tekan butang off. Anda off laptop secara paksa.

     

    Masa tu hard disk tengah berpusing laju (macam CD), bila anda laptop off secara tiba-tiba, hard disk akan berhenti pusing secara mengejut.

     

    Bayangkan kereta tengah bergerak laju, tiba-tiba anda tutup enjin. Anda rasa apa yang akan jadi?

     

    b. Laptop terjatuh.

    Hard disk memang sensitif. Kalau laptop terjatuh atau terhentak, hard disk boleh rosak dan bermasalah sebab komponen dalam hard disk mungkin dah bengkok atau ‘calar’.

     

    Pastikan anda tak buat 2 benda ni untuk elakkan hard disk anda dari rosak. Kalau tak, kena tukar hard disk baru.

     

    Tak guna anda format laptop tapi ‘kesihatan’ hard disk bawah 100%. Sebab ada kemungkinan Windows/laptop masih slow disebabkan hard disk problem.

     

    2. Browser Add-On

    Banyak sangat Browser add-on tak elok sebenarnya. Sebab ada sebahagian add-on boleh memudaratkan performance laptop, tapi bukan semua.

     

    Apa yang anda boleh lakukan adalah delete add-on yang tak berguna dari browser anda. Download aplikasi dari website yang dipercayai. Baca agreement sebelum download atau sebelum install sebarang aplikasi.

     

     

    3. Buka banyak aplikasi dalam satu masa

    Buka terlalu banyak aplikasi dalam satu masa boleh menyebabkam laptop anda lambat. Contohnya buka photoshop, youtube, game dalam masa yang sama.

     

    Keupayaan laptop untuk buat kerja multitasking bergantung pada saiz RAM. Kalau RAM laptop anda rendah, elakkan dari buka terlalu banyak aplikasi serentak.

     

     

    4. Buka terlalu banyak tab browser

    Suka buka tab browser dengan banyak pun tak elok sebenarnya. Kerana setiap tab yang dibuka akan ‘memakan’ kuasa dari processor dan juga RAM.

     

    Sebab itu saya ada terangkan untuk kerja-kerja multitasking perlu lebih RAM. Padam open tab yang tidak digunakan untuk mengurangkan ‘stress’ pada laptop anda.

     

     

    5. Guna program yang memerlukan spesifikasi laptop yang tinggi.

    Anda guna aplikasi atau software yang memerlukan requirement yang tinggi tapi laptop anda tidak mampu untuk menyokong supaya aplikasi tersebut dapat berjalan dengan lancar tanpa ada masalah.

     

    Jangan menggunakan perisian ataupun program diluar kemampuan laptop kerana ia boleh mengundang lebih banyak masalah.

     

     

    6. Virus

    Virus, spyware, dan malware ni boleh slow down kan laptop dan mengurangkan performance.

     

    Kacau windows registry, keluar iklan pop-up masa tengah surf internet dan paling bahaya kalau data peribadi kene hijack. Macam-macam boleh jadi.

     

    Apa yang patut anda lakukan ialah install antivirus dan scan setiap pendrive yang dicucuk ke usb port laptop.

     

     

    7. Startup program

    Startup program merupakan program yang berjalan secara automatik apabila operating system berjalan (Windows).

     

    Masalahnya banyak program, virus, hijacker, spyware, dan malware telah di set untuk run secara automatik bila Windows start.

     

    Disebabkan ini laptop anda startup dengan perlahan (ambil masa lama untuk masuk dalam desktop) bergantung berapa banyak aplikasi startup.

     

     

    8. RAM

    RAM juga memainkan peranan penting, kerana kebanyakan aplikasi sekarang memerlukan RAM yang besar supaya aplikasi tersebut dapat berfungsi dengan baik.

     

    Contoh aplikasi photoshop, video, muzik editing, animasi 3D dan lain-lain.

     

    Sebab itu anda perlu baca requirement aplikasi tersebut supaya masalah macam ini tidak terjadi pada anda.

     

    Kalau RAM laptop anda 2GB dan ke bawah, saya sarankan anda tambah atau upgrade ke 4GB. Supaya mudah anda nak buat kerja multitasking.

     

    Laptop pun tak slow.

     

     

    Dari 8 punca kat atas ini, apa yang sebabkan laptop anda slow? Dah tahu?

     

  • Kedai Format Laptop Murah Di Cheras

    Kedai Format Laptop Murah Di Cheras

    Dengan zaman serba teknologi ini, laptop sudah menjadi satu keperluan untuk semua orang untuk siapkan kerja, mencari maklumat di Internet, mencari bahan hiburan, dan banyak lagi. Dan untuk sesetengah pengguna, mereka tidak tahu untuk mencari kedai repair laptop yang berbaloi di sekitar Cheras. Sekarang anda tidak perlu khuatir, kerana ada sebuah Kedai Format Laptop Murah Di Cheras yang boleh anda kunjungi – FR Laptop Service.

    Mengapa kita perlu format laptop? Antara sebab utamanya adalah black atau bluescreen iaitu kegagalan operating system untuk berfungsi, di serang virus dan malware, kelembapan laptop ketika yang membuatkan anda stress.

     

    Apakah Itu Format?

    Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut kami akan bagi tahu serba sedikit apakah yang dimaksudkan ‘format komputer atau laptop’ ini. Menformat komputer adalah suatu proses yang akan membuang atau menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila sistem operasi baru dipasang.

     

    Waktu Terbaik Untuk Format Laptop Murah Di Cheras

    Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih bermasalah. Secara umumnya, melainkan kita mempunyai pengetahuan dalam pemulihan sesuatu masalah, ia masih sukar untuk dipulihkan. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu. Berikut adalah waktu terbaik untuk anda format laptop;

     

    #1 Semasa Laptop Diserang Virus

    Kadang-kadang secara sedar atau tidak, memang anda sudah padam virus yang menyerang laptop (menggunakan anti-virus), akan tetapi bekas-bekas jangkitan virus tersebut boleh menyebabkan laptop anda jadi lambat dan slow.

     

    #2 Data Susah Nak Dihapuskan

    Perasan atau tidak, ramai pengguna tidak menyedari bahawa laptop mereka dipenuhi dengan data yang tidak diperlukan (seperti perisian atau software, biasanya ini akan terjadi bila anda tengah nak install software yang di ‘download’ terus dari internet. Pastikan anda ‘unclick’ pada tawaran untuk install software yang lain atau tidak diperlukan). Inilah antara punca laptop anda jadi ‘hang’. Dan yang paling parahnya, data-data yang tidak diperlukan tadi amat sukar untuk dihapuskan.

     

    #3 Nak Upgrade Sistem Operasi Sedia Ada

    Sudah semestinya anda nak upgrade kepada sistem operasi yang lebih terkini. Hal ini memerlukan untuk anda format laptop. Tapi pastikan laptop anda memenuhi spesifikasi sistem operasi yang baru bagi mengelakkan sebarang masalah selepas anda menformat.

    Tips Sebelum Hantar Laptop Untuk Format

    Tips ringkas yang anda perlu dan wajib tahu mengenai laptop anda bagi mengelakkan berlakunya manipulasi hardware oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

    Ketahui Jumlah RAM Dan Hardware Laptop Yang Anda Gunakan

    Anda perlu mengetahui jumlah RAM laptop anda bagi mengelakkan RAM anda di downgrade oleh pihak yang menformat laptop anda tanpa pengetahuan anda.

     

    Ketahui Jumlah Kapasiti Dan Kesihatan Hard Disk Laptop Anda

    Kedai format laptop murah  yang tidak bertanggungjawab akan memanipulasi hard disk laptop anda dengan menukar hard disk anda kepada hard disk pada saiz yang lebih kecil. Dan seharusnya hard disk diperiksa dahulu kesihatannya untuk mengekalkan performance yang bagus.

     

    Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service

    Laptop anda slow? Berat? Banyak sangat program? Ada virus? Cek hard disk elok. tapi masih lagi slow? Anda perlu format untuk kemaskan semula Windows anda. Di Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service, kami menyediakan dua jenis format iaitu;

    • Format Clean

    Format clean adalah FR Laptop Service membuang semua program dan data bagi bentuk semula dengan partition yang baru. Jenis format ini lebih baik jika anda telah backup semua data anda. FR Laptop Service hanya mengambil masa dalam tempoh 24 jam untuk siap tanpa ada masalah lain.

    • Format Backup

    Data yang penting dikeluarkan daripada laptop dan hard disk dibersihkan, kemudian data-data itu dimasukkan semula di dalam laptop. Dengan proses mengalihkan data, Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service akan mengambil masa sehingga 2 atau 3 hari, bergantung atas jumlah data yang ada pada laptop anda.

     

    Pilihan Antara Windows 7, Windows 8.1 Dan Juga Windows 10

    Ketiga-tiga window ternyata terdapat kelebihan dan kekurangan antara windows tersebut. Pertama sekali ialah Windows 7 menawarkan kelebihan ciri-ciri yang tersendiri walaupun tidak secanggih windows 8 dan 10. Jika dibandingkan dengan window 8 dan 10, window 7 lebih ringan.

    Sementara Windows 8 pula boleh dikatakan sedikit lebih canggih dari windows 7. Hal ini kerana window 8 mempunyai reka bentuk dan juga ciri-ciri yang sedikit menarik. Sungguhpun begitu ternyata window ini mempunyai kekurangan kerana terlalu berat dan kurang compatible dengan beberapa aplikasi.

    Seterusnya Windows 10 pula mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih jika dibandingkan dengan windows 8 dan 7. Kelebihan windows ini pula mempunyai reka bentuk yang moden. Namun demikian window ini kurang compatible. Untuk ringan atau berat, windows ini boleh dikatakan lebih ringan daripada windows 8.

    Pelbagai Software Asas Turut Disertakan Seperti Microsoft Office, VLC Media Player, Google Chrome.

    Selepas Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service selesai format laptop anda, mereka turut sertakan beberapa software asas untuk anda. Antaranya adalah:

    Microsoft Office

    Software Microsoft Office ini sangat penting untuk anda melakukan tugasan kerja harian anda di pejabat mahu pun di rumah. Software ini membolehkan anda menaip kerja anda dan macam-macam lagi. Ia terkandung pelbagai software Microsoft seperti Word, Excel, Powerpoint, Publisher dan lain-lain lagi.

    VLC Media Player

    Tak sah kalau tiada software media player ini dekat dalam komputer anda. Dengan software ini anda boleh play muzik dan video. Bosan-bosan anda mesti nak berhibur, dengar lagu ataupun layan movie. Contoh software media player yang terbaik adalah VLC player.

     

    Google Chrome

    Pada hari ini terdapat pelbagai pilihan pelayar web di pasaran. Setiap komputer Windows sendiri didatangkan dengan pelayar web Internet Explorer dalam usaha memudahkan pelayaran web anda. Bagi Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service, Google Chrome menjadi pilihan utama. Selain daripada memudahkan pengguna dengan akaun Google menggunakannya, salah satu perkara yang menjadi sebab utama pilihannya adalah kebolehan sync data pelayaran pada pelbagai peranti. Sebagai contoh, anda boleh membuka sesebuah tab menggunakan satu komputer, dan menyambung pelayarannya pada telefon pintar, tablet mahupun komputer lain. Selain itu, FR Laptop Service juga mempunyai software lain selain software asas seperti Adobe Master.

    Servis Hardware Murah Di FR Laptop Service

    Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service menyediakan perkhidmatan menjual dan membaiki peralatan untuk komputer dan semua jenis laptop. Tidak mengira tahap kerosakan yang dialami oleh pelanggan FR Laptop Service sedia membantu. Serahkan kepada pakar di FR Laptop Service dan anda akan mendapat hasil yang sangat berpuas hati. Kepakaran FR Laptop Service adalah di dalam bidang servis dan berpengalaman lebih dari 5 tahun. FR Laptop Service menjanjikan yang terbaik hanya di FR Laptop Service. Perkhidmatan yang dijalankan adalah seperti berikut;

    • Basic Servicing hardware dan software bagi PC dan laptop.
    • Hardware Replacement (tukar ganti barangan yang rosak seperti Hard disk, RAM dan sebagainya) untuk PC dan laptop (sekiranya rosak).
    • Menaik taraf (upgrading) hardware dan software bagi komputer dan laptop juga disediakan.
    • Membekal barangan komputer dan laptop

     

    8 Tips Penjagaan Hardware Laptop

    Jom kita lihat Tips Penjagaan Hardware Laptop yang telah di kongsikan;

    • Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen PSU (power supply unit) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.
    • Elak selalu format hard-disk secara low-level, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format sebaiknya.
    • Elak guna bateri semasa bekalan elektrik dari plug tersedia. Namun, kebanyakan notebook pada masa kini adalah auto disconnected sekiranya bekalan elektrik dari plug disambung.
    • Elak dari menutup ruang udara di bawah laptop. Boleh menyebabkan kepanasan pada komponen laptop yang menyumbang kepada masalah stabiliti (laptop terpadam sendiri dan sebagainya.)
    • Elak menggunakan laptop pada tempat yang tertutup dan panas.
    • Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata.
    • Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruangan di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara di ruangan bawah laptop yang sangat terkesan dengan haba.
    • Hantar untuk servis bagi membuang habuk yang terlekat di celah heat sink processor dalam skala setahun sekali. Vacuum tidak mampu membuang habuk sepenuhnya. Membuka casing laptop memerlukan ketelitian dan pengetahuan, jadi anda tidak di galakan untuk mencuba sendiri.

    Nak format Macbook? Boleh juga!

    Format Macbook atau Macbook Pro dan Macbook Air tidak serupa dengan format Microsoft Windows dan tidak ramai yang pandai format mesin ini kerana tidak ramai yang pakai dan harganya premium. Tambahan pula, Operating sistem Mac OS ini sangat stabil dan jarang-jarang sangat rosak, jadi masalah sangat susah timbul. Di Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service, mereka mempunyai Operating sistem Mac OS dari Yosemite hingga ke yang terkini, Mojave.

    Software seperti Microsoft Office turut disertakan secara percuma. Anda juga tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu kerana ianya siap dalam tempoh 24 jam juga!

     

    Pelanggan Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service Berpuas Hati!

     

     

    Jom ke Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service Sekarang Juga!

    Kedai Format Laptop Murah Di Cheras – FR Laptop Service berdekatan dengan MRR2 yang memudahkan anda untuk ke kedai mereka. Bagi yang sibuk bekerja, Servis Runner juga disediakan untuk mereka yang jauh dan sukar untuk ke kedai FR Laptop Service. Kami sarankan anda ke kedai FR Laptop Service kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan barang yang digunakan berkualiti tinggi. Untuk sebarang pertanyaan, sila layari info di bawah ini.

     

    FR Laptop Service | Kedai Format Laptop Murah Di Cheras

    Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

    Facebook : @FRLaptopService

    Alamat : 

    508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
    Kuala Lumpur, Malaysia 55100

    Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Setiap Hari)

    Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

    Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

     

     

  • Kedai Repair Laptop Murah Di Wangsa Maju

    Kedai Repair Laptop Murah Di Wangsa Maju

    Wangsa Maju, Kuala Lumpur terdiri daripada daerah yang cukup besar dan mempunyai ramai penduduk.  Semakin hari bidang teknologi maklumat semakin mendapat permintaan ramai dan telah menjadi keperluan mereka. Mungkin anda sebagai pengguna laptop telah pun mempunyai masalah pada laptop dan sedang mencari kedai repair laptop murah di Wangsa Maju.

    Salah satu perkhidmatan dalam bidang teknologi yang menjadi keperluan rakyat adalah perkhidmatan pembaikian laptop. Jika dilihat dari kaca mata, tidak banyak kedai repair laptop di Wangsa Maju yang benar-benar berkualiti dan jujur dari segi harga kerana kebanyakannya meletakkan harga yang sangat mahal untuk perkhidmatan repair laptop.

    Mencari kedai repair laptop yang murah, berpatutan dan berkualiti amat penting dalam membantu anda menyelesaikan masalah laptop yang anda hadapi.  Anda mungkin menghadapi pelbagai masalah kerosakan laptop dan mencari cara mengatasinya, inilah caranya untuk mengatasi masalah laptop rosak yang sering berlaku kepada anda.

     

    Kedai Membaiki Laptop Murah di Wangsa Maju

    Laptop yang rosak harus diperbaiki dan di repair dengan baik bagi mencegah segala kerosakan yang terjadi.  Membaiki laptop sangat mudah kerana anda cuma perlu menghantar laptop ke kedai dan tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak seperti membeli laptop.  Anda akan lebih jimat, namun risikonya bergantung kepada keadaan laptop anda dan juga kedai repair laptop yang anda pilih.

     

     

     

    FR Laptop Service Menawarkan Kedai Repair Laptop Murah Di Wangsa Maju

    FR Laptop Service adalah sebuah syarikat Bumiputera yang pakar dalam bidang teknologi maklumat dan laptop yang menjalankan perniagaan repair laptop.  FR Laptop Service dikenali dan diyakini ramai dek kerana perkhidmatannya yang berbaloi, berkualiti dan murah telah mendapat tempat di hati para netizen.  Bagi anda yang mempunyai apa sahaja masalah laptop sama ada rosak atau ingin format serta ingin menyemak kerosakan laptop, anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan FR Laptop Service.

     

    Perbezaan FR Laptop Service Dengan Kedai Repair Laptop Yang Lain

    Perbezaan FR Laptop Service dengan kedai repair laptop yang lain dapat dilihat dari segi kelebihan serta perkhidmatannya yang tersendiri. Ia berbeza dari aspek perkhidmatan, kelebihan dan keuntungan anda sebagai pengguna. Mari kita lihat kesemua aspek tersebut.

     

    • Perkhidmatan

    FR Laptop service menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dari segi sekecil-kecil part untuk dibaiki sehinggalah pengendalian dan pembaikian part yang besar seperti motherboard dan sebagainya.  Selain itu, FR Laptop Service juga menerima semua jenis versi windows sama ada laptop, komputer dan juga Macbook. Tidak semua kedai yang menerima semua jenis laptop ini.

     

    • Servis Runner

    Mungkin anda tiada masa untuk menghantar laptop ke kedai untuk servis dan repair.  Dengan FR Laptop Service, anda boleh menggunakan servis ‘pickup and delivery’. Mereka sendiri akan datang ke tempat anda untuk mengambil laptop untuk dibaiki dan menghantar laptop anda semula setelah dibaiki. Berbanding dengan kedai laptop lain yang tidak mempunyai perkhidmatan runner, FR Laptop Service lebih mudah dan menjimatkan masa anda!

     

    Perkhidmatan FR Laptop Service Yang Anda Perlu Tahu

    FR Laptop Service menyediakan 6 jenis perkhidmatan yang boleh anda gunakan.  Semua perkhidmatan ini sangat lengkap dan menyeluruh dimana anda tidak perlu ke kedai repair laptop lain lagi untuk repair laptop anda

    .

    • Hardware / Parts

    FR Laptop Service lengkap dengan pelbagai jenis hardware dan parts yang boleh digunakan untuk semua jenis jenama komputer dan laptop.

     

    •  Windows

    FR Laptop Service menerima semua jenis komputer dan laptop anda yang berasaskan sistem pengendali dari jenis versi Windows.

     

    •  Software

    FR Laptop Service juga menawarkan perkhidmatan penetapan sistem pengendalian software, software asas untuk penggunaan anda, pembaharuan lesen bagi software multimedia dan lain-lain bagi anda yang mengalami masalah yang berkaitan software.

     

    •  Apple / Mac

    FR Laptop Service juga menerima semua jenis Mac Pro, iMac, MacBook Pro, Mac Mini yang berasaskan sistem pengendali versi OSX.  Ramai daripada anda yang tercari-cari kedai repair laptop yang menguruskan sistem semua jenis Mac dan FR Laptop Service adalah satu-satunya.

     

    •  Upgrade / Service

    Bagi mengelakkan berlakunya masalah lain, anda boleh membuat penambahbaikan terhadap komputer dan laptop anda.  FR Laptop Service menyediakan perkhidmatan menambah RAM, HDD, SSD dan semua jenis upgrade dan servis.

     

    •  Perkhidmatan Lain

    Anda boleh menghubungi FR Laptop Service bagi bertanya soalan mengenai laptop anda, menyemak kerosakan laptop anda dan lain-lain lagi perkhidmatan berdasarkan bidang IT.  Pihak FR Laptop Service sangat bersedia membantu anda mengatasi masalah laptop rosak.

     

    Anda Juga Mungkin Mengalami Masalah Seperti Ini

    • Software seperti laptop lembab sehingga ke masalah hardware seperti motherboard.
    • Laptop menjadi semakin lembab dan banyak virus?
    • Laptop Panas dan tidak pernah servis?

     

     

     

    Anda Juga Boleh Mengatasinya Dengan Cara Format Laptop Dengan FR Laptop Service Di Wangsa Maju

    Anda boleh membawa laptop untuk diformat di FR Laptop Service.  Terdapat pilihan Windows untuk anda iaitu dari Windows 7 sehingga Windows 10.  Selain itu, software asas juga diberikan bagi memudahkan anda kerana tidak perlu install semula. Semua proses ini akan siap dan anda boleh dapatkan laptop anda semula dalam tempoh 24 jam.

     

     

    Servis Clean Dust

    Servis clean dust disediakan bagi anda yang ingin membersihkan dalaman laptop anda serta melancarkan perjalanan haba serta kelajuan laptop anda.  Servis clean dust ini akan siap dalam tempoh 24 jam. Tambahan pula, anda juga boleh mengekalkan pengaliran haba yang lebih efesien pada laptop anda dengan menggunakan thermal paste.  Proses clean dust serta thermal paste ini akan siap dalam masa 24 jam.

    Selain itu, servis-servis lain seperti motherboard, keyboard, skrin dan banyak lagi juga disediakan.  Apa sahaja masalah laptop yang anda hadapi, anda boleh dapatkan khidmat daripada FR Laptop Service.

     

    Cara Mudah Repair Laptop Di Wangsa Maju Bersama FR Laptop Service

    • Hubungi Pakar

    Anda boleh menghubungi pakar di talian 6017 288 2349 untuk mengetahui masalah laptop anda.  Mereka akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah laptop anda.

     

    •  Hantar Laptop

    Anda boleh menggunakan khidmat runner atau walk in ke Pusat FR Laptop Service untuk menghantar laptop anda dengan selamat.  Perkhidmatan runner yang disediakan juga boleh anda gunakan bagi memudahkan anda yang menetap jauh atau tidak ada kenderaan untuk ke kedai mereka.

     

    •  Relax

    Selepas menghantar laptop, anda boleh rehat dan tenangkan minda sahaja dan tidak perlu risau kerana laptop anda tidak bermasalah lagi.  FR Laptop Service mempunyai pekerja yang pakar dan berpengalaman dalam menyelesaikan masalah laptop anda.

     

    Kelebihan FR Laptop Service Kedai Repair Laptop Murah Di Wangsa Maju

     

    • Pelbagai Perkhidmatan Pembaikian

    FR Laptop Service menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan komputer yang berkualiti iaitu dari Laptop, Komputer Desktop, Mac dan Windows.  Segala pembaikian yang dilakukan juga terdiri daripada skrin, virus, komputer laggy, naik taraf, back-up data dan pelbagai lagi.

     

    • Waranti

    FR Laptop Service menawarkan waranti selama 5 bulan.  Ini bermakna anda lebih untung dan berbaloi kerana tiada satu pun kedai repair laptop yang menawarkan waranti dalam tempoh masa yang lama seperti FR Laptop Service.

     

    • 2,700+ Review 5 Bintang

    Seramai 2700+ netizen di facebook yang memberikan review 5 bintang kepada FR Laptop Service.  5 bintang yang diberikan adalah tanda mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang FR Laptop Service tawarkan.  Untuk pengetahuan anda juga, 99% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan FR Laptop Service.

     

    • Murah Dan Berbaloi

    Harga dan kos bagi anda untuk membaiki laptop dan komputer di FR Laptop Service adalah sangat murah, berpatutan dan berbaloi. Anda akan lebih jimat kerana FR Laptop service sangat jujur dan telur dalam membantu anda.  Servis runner pickup dan hantar juga amat berbaloi.

     

     

    Jaminan FR Laptop Service

    FR Laptop Service memberikan jaminan kepada anda yang menggunakan perkhidmatan mereka dan setia bersama mereka.  Terdapat banyak jaminan yang sangat diyakini oleh pelanggan yang telah menggunakan FR Laptop Service.

     

    • Jaminan Wang Dikembalikan 100%

    Anda boleh mendapatkan kembali wang anda 100% sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti laptop rosak dan sebagainya.  Selalunya, tidak pernah ada kejadian yang sebegitu kerana FR Laptop Service sentiasa pakar dan mahir dalam membaiki laptop anda.

     

    • Jaminan Sparepart Laptop Selamat

    FR Laptop Service bertanggungjawab keatas Sparepart laptop anda kerana dalam proses pembaikian yang melibatkan sparepart, mereka sangat teliti dan sentiasa memastikan semuanya berjalan lancar dan dijamin selamat.

     

    • Bertanggungjawab Atas Kesilapan

    FR Laptop Service juga bertanggungjawab sepenuhnya diatas kesilapan yang dilakukan oleh pekerja mereka sepanjang proses pembaikian dilakukan, proses pengambilan dan penghantaran laptop dan lain-lain lagi.

     

    Lokasi FR Laptop Service

    FR Laptop Service sangat strategik dari segi lokasinya kerana anda boleh melalui MRR2 di dalam kawasan Kuala Lumpur.  Anda juga tidak perlu menjalani perjalanan yang jauh kerana mereka menawarkan servis runner yang berbaloi, cepat, pantas dan murah untuk anda.  Bagi anda yang datang ke kedai mereka secara walk in, anda boleh parking kereta atau motorsikal anda di hadapan kedai kerana terdapat tempat letak kenderaan yang disediakan.

     

    Jom Ke Kedai FR Laptop Service Kedai Repair Laptop Murah di Wangsa Maju

    Bagi anda yang menetap di Wangsa Maju dan sekitarnya, anda boleh datang walk in sendiri ke kedai FR Laptop Service untuk diagnosiskan laptop anda secara percuma atau menggunakan perkhidmatan runner daripada kami.  Dengan menyemak kerosakan pada laptop anda, anda boleh membawanya ke sini untuk dibaiki ataupun menghubungi pakar FR Laptop Service bagi mendapatkan khidmat pengambilan dan penghantaran laptop daripada runner mereka.

    Dengan harga yang murah dan berpatutan juga, perkhidmatan pembaikian laptop diberi dengan penuh berkualiti menjadikan FR Laptop Service sangat berbaloi.  Jom gunakan perkhidmatan FR Laptop Service!

     

    FR Laptop Service | Kedai Repair Laptop Murah di Wangsa Maju

    Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

    Facebook : @FRLaptopService

    Alamat : 

    508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
    Kuala Lumpur, Malaysia 55100

    Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Setiap Hari)

    Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

    Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2