Blog

  • Cara Untuk Tingkatkan Jangka Hayat Bateri Mac – Part 1

    Cara Untuk Tingkatkan Jangka Hayat Bateri Mac – Part 1

    Dari masa ke semasa, teknologi apple meningkat dan produk seperti MacBook semakin maju dan setiap tahun design akan bertukar dan semakin nipis, akan tetapi jangka hayat untuk bateri tersebut masih di tahap yang sama. Ini membuatkan sesetengah pengguna tegar produk tersebut berasa hairan.

    Produk MackBook yang berada dipasaran sekarang ini sangat hebat dari segi performance, tahap hayat bateri masih sama seperti model yang sebelumnya. Kadang-kadang 4 jam jangka hayat bateri dari MacBook Pro tidak mencukupi.

    Jadi apa yang anda boleh lakukan?

    1. UPDATE TO LATEST OS

    Berkenaan MacBook Pro 2016 kebanyakkan mengalami masalah paparan bateri yang tidak tepat

    isu paparan turun naik bateri boleh diselesaikan dengan update latest MacOS Sierra, sekiranya MacBook Pro anda keluaran 2016 dan menghadapi isu berkenaan bateri, apa yang patut anda lakukan dahulu adalah update latest OS dan software. Ini kerana terdapat bugs pada software.

    2. CHECK KONDISI BATERI

    Jika anda mengalami masalah dengan jangka hayat beteri, terutamanya jika MacBook anda mati dalam masa kurang dari 1 jam, maksudnaya bateri anda perlu di tukar. Sekiranya Mac anda still anda warranty saya nasihatkan pergi Mac care center untuk check.

    Anda boleh check Mac dengan cara, klik gambar bateri icon dekat menu bar sambil hold key option.

    Sekiranya paparan Condition Normal, jadi bateri itu tiada masalah. tetapi sekiranya bateri itu bermasalah, akan ada paparan Replace Soon. Itu bermaksud anda perlu tukar bateri Mac anda.

    3. BERALIH KE SAFARI BROWSER

    Serius, ini adalah satu-satunya perkara yang akan memberi impak yang sangat ketara terhadap penggunaan bateri anda. Mudah sahaja anda hanya perlu beralih kepada safari browser dari chrome boleh meningkatkan hayat bateri anda dengan 1-2 jam bergantung pada tahap penggunaan anda.

    Saya telah menggunakan kedua-dua browser ini safari dan chrome. Berlaku perbezaan yang sangat ketara semasa menggunakan chrome dan safari. Sebab inilah saya bertukar kepada browser safari.

    4. CUSTOMIZE ENERGY SAVER MODE

    MacOS dilengkapi dengan Energy Saver Mode bertujuan untuk membantu anda memaksimakan penjimatan hanyat bateri. Dalam system preferences, pilih energy saver.

    • Dari slide bar, anda boleh set masa berapa lama screen akan menyala sebelum terpadam sekiranya anda tidak menggunakannya.
    • Pada setting dibawah tick slightly dim display when on battery power dan tick put harddisk to sleep when possible.
    5. DIM YOUR SCREEN

    Percaya atau tidak, skrin laptop adalah salah satu daripada komponen yang banyak menggunakan kuasa bateri. Lebih cerah brightness skrin laptop anda lagi banyak kuasa bateri yang digunakan bergantung pada level brightness anda.

    Anda boleh lakukan dengan menggunakan function F1 dan F2 pada keyboard. Anda juga mungkin mahu disable function automatic brightness. Pergi ke system preferences > pilih display.

  • Tips Penjagaan Selepas Tukar Skrin

    Tips Penjagaan Selepas Tukar Skrin

    • Jangan hempap laptop anda dengan benda berat sebagai contoh buku-buku
    • Jangan tutup laptop dengan kasar (bukan tutup laptop shutdown, tapi tutup body laptop)
    • Jangan menekan skrin tersebut (boleh menyebabkan retakan atau kerosakan pixel pada skrin tersebut)
    • Gunakan beg laptop yang sesuai (beg biasa dengan beg laptop berbeza kerana beg laptop lebih tebal berbanding beg biasa yang nipis)
    • Elakkan laptop anda dari terjatuh atau terhentak (kemungkinan untuk skrin laptop crack adalah tinggi)
    • Jangan biarkan anak kecil bermain laptop anda tanpa pengawasan anda (macam-macam boleh berlaku kalau anda tidak mengawasi mereka)
  • Tips Penjagaan Selepas Tukar Keyboard

    Tips Penjagaan Selepas Tukar Keyboard

    • Jauhi keyboard dari sebarang cecair (elak dari tertumpah air pada keyboard)
    • Jangan tekan keyboard terlalu kasar,ganas ( keyboard baru kalau dah tukar tapi tekan macam terlampau kasar sekejap je boleh rosak balik, guna macam biasa je)
    • Guna keyboard protector ( untuk melindungi keyboard dari habuk masuk ke bawah butang keyboard, boleh tersekat butang tu/ contoh paling senang abu rokok)
    • Jangan main terlalu lama dengan mengunakan keyboard ( sebab kalau main game comfirm banyak tekan butang keyboard, lama-lama tombol dalam keyboard tu rosak)
    • Jauhi dari kanak-kanak (budak-budak kecil ni bukan tahu apa pun, anda tak sedar dorang ketuk-ketuk keyboard tu)
    • Kalau nak main game yang banyak pakai keyboard, digalakkan guna keyboard external (keyboard external tahan lasak)
  • Tips Penjagaan Selepas Tukar Graphic Chipset Baru

    Tips Penjagaan Selepas Tukar Graphic Chipset Baru

    • Jangan main laptop atas permukaan fabric (katil,tilam,bantal dan lain-lain sebab menghalang laluan udara)
    • Jangan main di kawasan yang panas (suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop anda)
    • Gunakan direct fan disebelah kiri atau kanan laptop anda ( direct fan macam ni anda boleh beli di kedai accessory laptop, dan membantu menyejukan laptop anda)
    • Jangan on laptop terlalu lama (elak dari on laptop straight 4 jam ke atas kalau boleh off dulu 30minit untuk komponen laptop tu sejuk, motherboard tu repair jadi anda tidak boleh lenjan macam laptop baru)
    • Lakukan servis clean dust & thermal paste sekurang-kurangnya 6 bulan sekali ( untuk mengelakkan dari kipas laptop penuh dengan gumpalan habuk dan thermal yang kering perlu ditukar)
    • Elak dari menggunakan extension cord yang berlebihan (takut berlaku power circuit)
    • Pastikan adapter laptop anda dalam keadaan yang baik (jangan ada wayar terkeluar)
    • Jangan minum atau meletakkan cecair berdekatan dengan laptop anda (tertumbah cecair pada laptop nanti boleh mendatang lagi banyak masalah)
  • Tips Penjagaan Selepas Servis Clean Dust

    Tips Penjagaan Selepas Servis Clean Dust

    • Jangan main laptop atas permukaan fabric (katil,tilam,bantal dan lain-lain sebab menghalang laluan udara)
    • Jangan on laptop terlalu lama (elak dari on laptop straight 5 jam ke atas kalau boleh off dulu 30minit untuk komponen laptop tu sejuk)
    • Elakkan dari menggunakan laptop anda dikawasan yang banyak habuk dan berdebu
    • Lakukan servis clean dust & thermal paste sekurang-kurangnya 6 bulan sekali ( untuk mengelakkan dari kipas laptop penuh dengan gumpalan habuk dan thermal yang kering perlu ditukar)
    • Gunakan direct fan disebelah kira atau kanan laptop anda ( direct fan macam ni anda boleh beli di kedai accessory laptop, dan membantu menyejukan laptop anda)
    • Jangan main di kawasan yang panas (suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop anda)
  • Tips Penjagaan Selepas Repair Motherboard

    Tips Penjagaan Selepas Repair Motherboard

    • Jangan main laptop atas permukaan fabric (katil,tilam,bantal dan lain-lain sebab menghalang laluan udara)
    • Jangan main di kawasan yang panas (suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop anda)
    • Gunakan direct fan disebelah kiri atau kanan laptop anda ( direct fan macam ni anda boleh beli di kedai accessory laptop, dan membantu menyejukan laptop anda)
    • Jangan on laptop terlalu lama (elak dari on laptop straight 4 jam ke atas kalau boleh off dulu 30minit untuk komponen laptop tu sejuk, motherboard tu repair jadi anda tidak boleh lenjan macam laptop baru.
    • Lakukan servis clean dust & thermal paste sekurang-kurangnya 6 bulan sekali ( untuk mengelakkan dari kipas laptop penuh dengan gumpalan habuk dan thermal yang kering perlu ditukar)
    • Elak dari menggunakan extension cord yang berlebihan (takut berlaku power circuit)
    • Pastikan adapter laptop anda dalam keadaan yang baik (jangan ada wayar terkeluar)
    • Jangan minum atau meletakkan cecair berdekatan dengan laptop anda (tertumbah cecair pada laptop nanti boleh mendatang lagi banyak masalah)

     

  • Tips Penjagaan Selepas Format Laptop

    Tips Penjagaan Selepas Format Laptop

    • Sentiasa update antivirus yang anda sedang gunakan. (penting untuk keselamatan laptop/pc anda)
    • Jangan lupa scan pendrive sebelum anda gunakan (takut pendrive yang anda gunakan itu ada virus)
    • Lakukan quick scan laptop/pc seminggu sekali menggunakan antivirus anda (untuk membuang virus/malware)
    • Lakukan deep scan laptop/pc sebulan sekali menggunakan antivirus anda (untuk membuang malware/virus secara menyeluruh dan makan masa berbanding quick scan)
    • Download software dekat website yang trusted / dipercayai
    • Elakan download apa-apa dari torrent (kemungkinan software yang anda download dari torrent adalah virus/malware dan sebagainya)
    • Jangan download software yang tidak guna, merepek, pelik
    • Abaikan pop-up antivirus scan online (jangan percaya dengan online virus scan, kebanyakannya iklan scammer)
    • Elak buka attachment daripada email, dari orang yang tidak kita kenali (takut attachment yang anda buka itu mengandungi virus/ransomware)
    • Download dan install software yang anda gunakan sahaja
  • Tips Penjagaan Hard Disk @ SSD

    Tips Penjagaan Hard Disk @ SSD

    • Elak dari hard disk atau ssd dari terjatuh (komponen ini sangat sensitive)
    • Jangan selalu terhentak, bergegar (sangat sensitive)
    • Shutdown ikut system pada windows anda (shutdown dengan cara yang betul tekan logo windows pilih shutdown down)
    • Jangan force shutdown (force shutdown adalah dengan menekan butang power untuk off laptop tersebut)
    • Jangan selalu hibernate laptop,pc
    • Jangan kerap sleep laptop,pc
  • DIY : Bina PC Anda Sendiri – Part 3

    DIY : Bina PC Anda Sendiri – Part 3

    Ni part last sekali dalam siri bina PC sendiri. Jom sambung.

    10.MEMASANG POWER SUPPLY UNIT

    Power supply unit komponen yang besar dan membekalkan tenaga kepada motherboard dan juga komponen-komponen lain. Pastikan anda cabut dahulu kable power supply. Kebiasaannya tempat untuk anda pasang power supply unit adalah di bahagian atas atau bawah, selepas itu skru power supply tersebut pada case.

     11.MEMASANG KABLE POWER SUPPLY UNIT

    Semua komponen komputer anda memerlukan tenaga untuk berfungsi, jadi sekarang anda perlu menyambungkan kable power supply unit anda pada  motherboard. Lihat pada motherboard menggunakan 20 pin atau 24 pin. Gambar kat bawah menunjukkan motherboard ini menggunakan 24 pin.

    Dimana anda perlu menyambungkan lagi pin power supply unit?  Anda perlu menyambungkan di CPU, port tersebut berada berdekatan dengan  processor seperti gambar di bawah. Sama ada 4 atau 8 pin. Sambungkan cable yang sesuai yang telah dilabelkan.

    Seterusnya pasang kable sata pada storage drive(ssd dan hdd) dan optical drive (dvd writer). pastikan kable tersebut disambungkan dengan baik, jika tidak ia tidak akan berfungsi.

    12.DOUBLE CHECK KESEMUA KOMPONEN

    Sekarang semua peralatan / komponen-komponen komputer telah di pasang. Double check kesemua sambunggan kable yang telah anda pasang. Pastikan RAM dan graphic card di pasang dengan elok. Pastikan kesemua drive anda telah dipasang. Jika ada komponen yang tidak dipasang, komputer anda tidak akan dapat boot up.

     

     13.BOOT UP KOMPUTER

    Ini adalah masanya! Sambungkan power cable CPU pada, plug di dinding, dan on kan suis pada power supply unit. Pasangkan monitor. sekarang tekan butang power. Jika komputer itu boot up maknanya anda telah Berjaya membina komputer anda sendiri.

    Jika ia tidak boot up, anda perlu check kesemua komponen dank able pada motherboard tersebut telah di pasang dengan baik. Jika power ada tetapi display pada monitor tidak keluar check RAM dan graphic card anda.

    14.INSTALL OPERATING SYSTEM

    Akhir sekali apa yang anda perlu lakukan adalah install operating system pada komputer ada. Ia amat mudah anda Cuma perlu memasukan bootable CD atau USB drive dan bergantung pada bios anda sama ada legacy atau uefi.

  • DIY : Bina PC Anda Sendiri – Part 2

    DIY : Bina PC Anda Sendiri – Part 2

    Jom kita sambung part 2 pulak.

    4.MEMASANG PROCESSOR

    Port processor adalah yang paling ketara, sebab bentuk ia sangat unik yang berbentuk segi empat. Buka panel tersebut supaya anda boleh memasuk processor ke motherboard tersebut.

    Pegang processor tersebut pada bahagian sisi, kemudian dengan perlahan masukan pada port tersebut.

    Selepas processor sudah berada pada port motherboard  tersebut, dengan perlahan tutup dan kunci port processor tersebut supaya tidak tercabut.

    5.MEMASANG KIPAS CPU

    CPU komputer anda akan menjalankan banyak kerja, dengan erti kata lain. Ia akan menjana haba. CPU fan merupakan cooler, yang membantu menyejukan processor, jika CPU fan terdapat thermal paste pada nya anda tidak perlu meletakan lagi thermal paste tersebut.

    Jika tiada thermal paste pada CPU fan anda perlu letakannya. Kuantiti yang perlu diletakkan adalah sebesar butir beras sahaja.

    Saya akan bagi link cara untuk letak thermal paste pada CPU fan anda. https://www.youtube.com/watch?v=gDkz_9AQQ-g

    Selepas itu anda sudah boleh pasangkan CPU fan tersebut. Anda perlu tekan ke empat-empat pin di bahagian sisi untuk lock.

     

    Sambungkan pin CPU fan tersebut pada motherboard anda yang telah dilabel cpu fan.

    6.MEMASANG RAM

    Pada motherboard anda terdapat bahagian dimana anda perlu memasukan RAM. Slot ada empat seperti gambar dibawah.

    Masukan RAM pada slot motherboard tersebut. Tekan RAM tersebut sehingga anda dengar bunyi klik. Selapas itu anda perlu mengunci slot RAM tersebut di bahagian sisi sehingga bunyi klik, pastikan ia dipasang dengan betul.

    7.MEMASANG GRAPHIC CARD

    Jika anda mahu membina gaming PC ini merupakan otot untuk komputer anda. Dengan harapan anda sudah periksa graphic card yang anda gunakan muat untuk diletakan pada case PC tersebut. Ini kerana modern graphic card adalah lebih. Jika tidak anda mungkin terpaksa menukar graphic card atau case yang lain.

    Pada case PC tersebut anda perlu buka skru yang berbentuk L, ia akan memudahkan anda untuk memasukan graphic card tersebut.

    Seperti RAM anda perlu menekan graphic card tersebut ke dalam slot dengan menggunakan sedikit tenaga, tapi jangan terlalu kuat.

    Selepas graphic card dipasang dengan betul, pasang semula cover yang berbentuk L tadi dan skru kembali supaya graphic card itu betul-betul secure.

    8.MEMASANG STORAGE DRIVE

    Pertama sekali anda perlu mencari ruang tempat menyimpan storage drive. Bergantung pada jenis case yang anda gunakan, mungkin ada removable bracket yang berfungsi untuk memegang storage drive anda, kawasan yang bebentuk seperti tangga-tangga dimana anda boleh menletakan storage drive tersebut.

    Jika anda ada bracket seperti diatas yang datang sekali dengan case yang anda gunakan, skru storage drive pada bracket tersebut. Sekiranya case yang anda gunakan menawarkan tools-free installation, anda tidak perlu bimbang tentang langkah ini. Pastikan sata port storage driver anda menghadap ke arah motherboard.

    Kalau case anda tidak didatangkan dengan bracket, anda perlu skru storage drive anda menggunakan skru kecil pada case tersebut. Skru dengan ketat supaya storage drive itu tidak terjatuh. Seterusnya sambungkan kable Sata dari motherboard ke storage drive anda.

    9.MEMASANG OPTICAL DRIVE (DVD WRITER)

    Walaupun ramai orang akan memilih untuk tidak memasang optical drive pada PC mereka (seperti yang saya lakukan), anda mesti mahukan satu. Untuk memasukan optical driver, keluarkan penutup dari bahagian depan case anda dalam salah satu slot yang available.

    Dari situ anda akan nampak dua lubang skru pada kedua-dua sisi, masukan optical driver tersebut dan skru dengan ketat, supaya ia tidak mudah terjatuh. Kemudian, apa yang anda perlu lakukan ialah menyambungkan kable SATA yang masih ada pada optical driver tersebut.

    Opsss. Belum habis lagi. Kita akan sambung dalam part yang seterusnya, final part!